Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Jumaat, 21 Jun 2013

contengan dinihari 2013

Salam,.. lama giler bersawang dah umah aku nih!...
Sorry sbb lama dah aku x update cerita.. alasan lapuk BUSY!

Memang aku bz dari tahun lepas sampai la ke sekarang ni, dan seribu satu cerita yg berlaku semasa tu.
Suka, duka, pahit dan manis semua cukup...
membuatkan aku semakin tabah dan mematangkan fikiran aku ni..

Tahun 2012 dan 2013 banyak memduga mental,fizikal dan emosi aku.. hampir-hampir rumahtangga aku runtuh atas byk sebab..Dugaan demi dugaan menimpa sampai aku asyik banjir airmata  aje. Aku kuatkan hati dan bertahan dan moga setakat inilah masa sedih aku utk rumahtangga yg tlh kami bina selama 9 tahun ni dan tiada lagi duka utk aku tempuh lagi..biarpun ramai yg mengatakan aku x sepatutnya teruskan kisah kami ni sbb tak nampak apa apa faedah pun utk aku.. tp sbb rasa sayang aku masih beri peluang dan mengharapkan ada sinar pelangi lagi.. amin..

Tahun 2013 bermula agak perlahan, suram dan suam bagi aku. Dan dalam masa yg sama aku dapat berita yg menyedihkan. Teman seperjuangan aku di sini yg aku dah anggap seperti ibu aku disini jatuh sakit.. Metastasis cancer stage 4.. Kesian dia, family xde  bersama dia dan dia sangat lemah..aku dan kawan kawan bergilir gilir teman dia, tak kira di hospital atau pun di rumah..sbb x sanggup kami tgk dia dalam kesedihan dan kesakitan.. dia kuat semangat dan aku sangat berbangga sbb kawan kawan aku semua x mengira penat sanggup bersusah payah untuk dia sbb akak tu mmg seorang yang sangat baik..alhamdulillah, kami berjaya menerbangkan keluarga dia ke sini dan dia dapat bersatu dalam satu keluarga.. walaupun selepas 4 sesi chemotherapy dan respon dia terhadap chemotherapy agak perlahan tapi aku bersyukur sbb dia sgt kuat semangat biarpun kekadang dia dalam kesakitan dan susah benafas..kami semua disini sama sama membantu setakat yg mampu..
apa yg aku nk bagitahu disini aku sangat berbangga dgn kwn kwn disini, x kira agama, bangsa dan warganegara mana semua saling bantu membantu sbb kami cuma ada KAMI..alhamdulillah..

kesibukkan aku mencari rezeki di sini kadang kadang membuatkan aku terlepas pandang pada sesetengah benda.sahabat aku dalam kesusahan di tanahair tanpa aku sedari.. aku minta maaf!! aku terlambat tahu..kalau x sbb aku bukak blog aku ni agaknya sampai sudah aku x tahu.. maaf!

Sini sahaja utk malam  ni..nanti aku buat entry baru..
assalammualaikum!

Ahad, 1 Julai 2012

Makin hari aku makin benci dgn dia..
Tak tahu apa kesudahan cerita ni..
Dalam hati aku cuma ada rasa kesian aje..
Kesian pada dia dan kesian pada nasib aku..

Terkenangkan nasib aku yg langsung dia tak peduli...
Semoga Allah SWT bukakan jalan penyelesaian yg terbaik untuk aku..
Amin..

Sabtu, 14 April 2012

Kisah aku...

Lama giler Hmy tak singgah sini..
Bukan tader citer nak letak tp malas sebenarnya..
Apa khabar korang?
Aku plak kat sini mkn ati je..
Sekarang aku terpaksa belajar makan hati..
Bagi aku since ujung thn lepas sampai la ke sekarang ni aku sgt benci ngan diri aku..
mcm2 citer terjadi..buat aku betul2 kecewa dan sangat tawar hati..
tp aku terpaksa lupakan perasaan yg wujud dlm hati aku tu...demi dia!
aku tak tau sama ada berbaloi atau tak apa yg aku buat ni..
Korang doakanlah semoga keadaan supaya pulih kembali..
Aku sanggup buang yg keruh, ambil yg jernih tp kalau aku sorang je yg buat cenggitu apa gunanya?
Tahun 2012, kisah aku dimulakn dgn begitu perit sekali..tp aku redah jugak biarpun payah..
Semoga Allah Taala mengkurniakan aku sekeping hati yg  super-kuat dan tabah dalam mengharungi
cabaran dan dugaan hidup ini..hanya Dia yg Maha Mengetahui isi hati ini...Amin


Khamis, 8 Mac 2012

Im sick of it...

Keadaan membuatkan aku jd benci ngan diri aku kadang kalanya..
bila masanya aku terpaksa menipu diri aku sendiri..
aku tak rela tp aku dah penat dan dah tk larat nk teruskan..
dalam benci masih ada sayang...
tp selama manakah aku mampu bertahan?
janganlah sampai hati aku dipenuhi dengan rasa benci dan dendam sahaja
tolong aku...permudahkan urusanku Ya Allah..
Amin

Khamis, 29 Disember 2011

Selamat Datang 2012

Assalammualaikum...
Lagi beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2011..bermakna usia kita akan bertambah lagi setahun..Semoga dengan tahun baru ini akan menambahkan keimanan kita kepadaNya dan kita dilimpahi rahmat  dariNya..
2011...
Bermula dengan biasa2 aje, aku berada di Riyadh menjalani kehidupan serba biasa...
kemudian pada Mac aku membawa seluruh keluarga bercuti ke Kota Kinabalu Sabah..biarpun banyak juga wang yg aku leburkan tapi janji semua org gembira...
Kemudian aku bercuti pula ke Eropah bersama Michelle setelah macam2 masalah ditempuhi sebelum perjalanan tu..Walaupun aku 'study' sensorang perjalanan tu, alhamdulillah semua selamat..Terima kasih buat Asmida Razali, Ho Lay Kim, Tay Bee Ni dan Chris Rawlings..tanpa korang segala persiapan dan 'study' europe aku ke 'laut' agaknya..
Di London aku ditemukan dengan Azhar Ismail dan Saifuddin dan kemudian dgn khairul..kenalan aku sepanjang di sana..Boleh dikatakan aku selamat bersama mereka..dan mereka mmg kawan yg baik..
Dan October aku balik bercuti semula ke tanahair,..aku dan suami bercuti ke Singapore..pun 'study' sendiri je..memeng enjoy kat sana walaupun super-penat!!
December pula bulan dugaan buat aku.. aku di uji dengan hebat! Rumah-tangga aku difitnah dan hampir2 kami menamatkan hubungan kami sebagai suami isteri..ini ujian paling hebat! dan alhamdulillah berkat kerjasama dari seluruh ahli keluarga kami dapat selamatkan rumahtangga kami yg berantakkan..dan sebelum tamatnya tahun 2011 ni semuanya pulih seperti biasa dan ujian ini merapatkankan hubungan kami  berdua semula...
Buat kawan2 dan teman2  ku, terima kasih kerana menemani aku sepanjang tahun ini..sama2 ketawa, menangis dan meroyan bersama2 aku..
Buat Asmida Razali, terima kasih kerana bersama2 aku semasa aku down gila2, semasa aku serabut..menangis bersama aku dan memberi nasihat dan semangat buat aku..thanks babe!
Buat Nini, thanks gak sbb bakar semangat aku balik...
Buat member serumah Puteri Nor Hajar dan Shahnaz-yg sentiasa memahami akak!
Buat Thamo, yg jadi mangsa luahan perasaan aku..asik2 panggil aku darling! hish3..
Buat Amie dan Linda yg sentiasa memahami dan mendoakan kebahagiaan aku..
Buat emak dan ayah yg sentiasa menyokong aku!!
TERIMA KASIH semua!!....
Semoga 2012 memberi sinar baru buat aku dan semua..

Selasa, 20 Disember 2011

Padamu aku berserah..

Aku sayang dia, tapi kalau begini kesudahannya aku pasrah..
aku rela hidup menderita, keseorangan dan bersedih..
tp aku tk meratap selamanya kerana aku tau
mahu atau tak aku kena bangun juga..untuk aku sendiri..
Aku akan tabahkan hati ini, kuatkan semangat dan bina hidup baru..

Aku tatau mana salah silap aku, biarpun dia mengatakan aku tk pernah salah semasa bersamanya.,
tp kenapa kesudahannya jadi begini..
Ya Allah, padaMu aku serahkan nasib ku..
andai sudah tersurat nasib ku begini aku redha..

Pada dia yg aku sayang, terima kasih atas segalanya..
Terima kasih kerana membahagiakan aku walaupun kau juga menghancurkan  hatiku..


Rabu, 19 Oktober 2011

cinta

love is hurts...
itu yg aku boleh simpulkan..
ayat tu bukan menyatakan yg aku kecewa dgn cinta,..
buka itu maksudnya..
cinta adakalanya membuatkan kita buta dan terima membuta tuli..
tp bg aku,
cinta adalah ikhlas, jujur yg datang dari hati..
percayalah
kalau kita dengar kata2 cinta dari insan yg tersayang,
meluahkan kata2 cinta dgn setulusnya akan membuatkan kita boleh menitiskan air mata,
air mata gembira semestinya..
dan dengan cinta setulus hati juga bisa membuatkan kita
melepaskan apa yg kita kasihi/cintai sepenuh jiwa raga pergi dari kita
jika itu membuatkan dia bahagia..
Ya Allah,
aku berterima kasih padamu kerana dikurniai dan dikelilingi oleh insan2 yg tersayang
dan yg menyayangi diri aku ini..
Syukur alhamdulillah..

Related Posts with Thumbnails