Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Jumaat, 21 Jun 2013

contengan dinihari 2013

Salam,.. lama giler bersawang dah umah aku nih!...
Sorry sbb lama dah aku x update cerita.. alasan lapuk BUSY!

Memang aku bz dari tahun lepas sampai la ke sekarang ni, dan seribu satu cerita yg berlaku semasa tu.
Suka, duka, pahit dan manis semua cukup...
membuatkan aku semakin tabah dan mematangkan fikiran aku ni..

Tahun 2012 dan 2013 banyak memduga mental,fizikal dan emosi aku.. hampir-hampir rumahtangga aku runtuh atas byk sebab..Dugaan demi dugaan menimpa sampai aku asyik banjir airmata  aje. Aku kuatkan hati dan bertahan dan moga setakat inilah masa sedih aku utk rumahtangga yg tlh kami bina selama 9 tahun ni dan tiada lagi duka utk aku tempuh lagi..biarpun ramai yg mengatakan aku x sepatutnya teruskan kisah kami ni sbb tak nampak apa apa faedah pun utk aku.. tp sbb rasa sayang aku masih beri peluang dan mengharapkan ada sinar pelangi lagi.. amin..

Tahun 2013 bermula agak perlahan, suram dan suam bagi aku. Dan dalam masa yg sama aku dapat berita yg menyedihkan. Teman seperjuangan aku di sini yg aku dah anggap seperti ibu aku disini jatuh sakit.. Metastasis cancer stage 4.. Kesian dia, family xde  bersama dia dan dia sangat lemah..aku dan kawan kawan bergilir gilir teman dia, tak kira di hospital atau pun di rumah..sbb x sanggup kami tgk dia dalam kesedihan dan kesakitan.. dia kuat semangat dan aku sangat berbangga sbb kawan kawan aku semua x mengira penat sanggup bersusah payah untuk dia sbb akak tu mmg seorang yang sangat baik..alhamdulillah, kami berjaya menerbangkan keluarga dia ke sini dan dia dapat bersatu dalam satu keluarga.. walaupun selepas 4 sesi chemotherapy dan respon dia terhadap chemotherapy agak perlahan tapi aku bersyukur sbb dia sgt kuat semangat biarpun kekadang dia dalam kesakitan dan susah benafas..kami semua disini sama sama membantu setakat yg mampu..
apa yg aku nk bagitahu disini aku sangat berbangga dgn kwn kwn disini, x kira agama, bangsa dan warganegara mana semua saling bantu membantu sbb kami cuma ada KAMI..alhamdulillah..

kesibukkan aku mencari rezeki di sini kadang kadang membuatkan aku terlepas pandang pada sesetengah benda.sahabat aku dalam kesusahan di tanahair tanpa aku sedari.. aku minta maaf!! aku terlambat tahu..kalau x sbb aku bukak blog aku ni agaknya sampai sudah aku x tahu.. maaf!

Sini sahaja utk malam  ni..nanti aku buat entry baru..
assalammualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails