Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Khamis, 29 Disember 2011

Selamat Datang 2012

Assalammualaikum...
Lagi beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2011..bermakna usia kita akan bertambah lagi setahun..Semoga dengan tahun baru ini akan menambahkan keimanan kita kepadaNya dan kita dilimpahi rahmat  dariNya..
2011...
Bermula dengan biasa2 aje, aku berada di Riyadh menjalani kehidupan serba biasa...
kemudian pada Mac aku membawa seluruh keluarga bercuti ke Kota Kinabalu Sabah..biarpun banyak juga wang yg aku leburkan tapi janji semua org gembira...
Kemudian aku bercuti pula ke Eropah bersama Michelle setelah macam2 masalah ditempuhi sebelum perjalanan tu..Walaupun aku 'study' sensorang perjalanan tu, alhamdulillah semua selamat..Terima kasih buat Asmida Razali, Ho Lay Kim, Tay Bee Ni dan Chris Rawlings..tanpa korang segala persiapan dan 'study' europe aku ke 'laut' agaknya..
Di London aku ditemukan dengan Azhar Ismail dan Saifuddin dan kemudian dgn khairul..kenalan aku sepanjang di sana..Boleh dikatakan aku selamat bersama mereka..dan mereka mmg kawan yg baik..
Dan October aku balik bercuti semula ke tanahair,..aku dan suami bercuti ke Singapore..pun 'study' sendiri je..memeng enjoy kat sana walaupun super-penat!!
December pula bulan dugaan buat aku.. aku di uji dengan hebat! Rumah-tangga aku difitnah dan hampir2 kami menamatkan hubungan kami sebagai suami isteri..ini ujian paling hebat! dan alhamdulillah berkat kerjasama dari seluruh ahli keluarga kami dapat selamatkan rumahtangga kami yg berantakkan..dan sebelum tamatnya tahun 2011 ni semuanya pulih seperti biasa dan ujian ini merapatkankan hubungan kami  berdua semula...
Buat kawan2 dan teman2  ku, terima kasih kerana menemani aku sepanjang tahun ini..sama2 ketawa, menangis dan meroyan bersama2 aku..
Buat Asmida Razali, terima kasih kerana bersama2 aku semasa aku down gila2, semasa aku serabut..menangis bersama aku dan memberi nasihat dan semangat buat aku..thanks babe!
Buat Nini, thanks gak sbb bakar semangat aku balik...
Buat member serumah Puteri Nor Hajar dan Shahnaz-yg sentiasa memahami akak!
Buat Thamo, yg jadi mangsa luahan perasaan aku..asik2 panggil aku darling! hish3..
Buat Amie dan Linda yg sentiasa memahami dan mendoakan kebahagiaan aku..
Buat emak dan ayah yg sentiasa menyokong aku!!
TERIMA KASIH semua!!....
Semoga 2012 memberi sinar baru buat aku dan semua..

Selasa, 20 Disember 2011

Padamu aku berserah..

Aku sayang dia, tapi kalau begini kesudahannya aku pasrah..
aku rela hidup menderita, keseorangan dan bersedih..
tp aku tk meratap selamanya kerana aku tau
mahu atau tak aku kena bangun juga..untuk aku sendiri..
Aku akan tabahkan hati ini, kuatkan semangat dan bina hidup baru..

Aku tatau mana salah silap aku, biarpun dia mengatakan aku tk pernah salah semasa bersamanya.,
tp kenapa kesudahannya jadi begini..
Ya Allah, padaMu aku serahkan nasib ku..
andai sudah tersurat nasib ku begini aku redha..

Pada dia yg aku sayang, terima kasih atas segalanya..
Terima kasih kerana membahagiakan aku walaupun kau juga menghancurkan  hatiku..


Related Posts with Thumbnails