Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Isnin, 26 Julai 2010

Antara Cinta, Kasih dan Sayang


Mungkin Tuhan sengaja mahukan kita bertemu dengan insan yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Walaupun akhirnya kita menemuinya,
Agar kita tahu untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya.

Ada hikmat disebalik pemberian-Nya,
Pabila pintu kebahagiaan tertutup,
Biasanya pintu yang tertutup itulah direnung lama,
Hinggakan tiada terlihat pintu lain yang dibukakan buat kita.

Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang boleh duduk bersama di dalam buaian,
Berbuai bersama tanpa sebarang kata,
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan itulah perbualan yang paling hebat,

Benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Kita tidak tahu apa yang kita rindu,
Sehinggalah ia datang,

Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Tapi nantikan ia untuk mekar,
Pastikan ia terus mekar dalam syurga hati kita,
Cinta, Kasih dan Sayang,
Cuma seminit untuk jatuh hati,
Sekadar sejam menyukainya,
Sehari untuk menyintainya,
Tapi sepanjang hayat untuk melupakannya,
Kejarlah insan yang bisa mengukir senyuman di wajah kita,
walau cuma sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati nan suram,
kejarlah dan carilah,
Akan tiba waktunya,
sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi,
dan memeluknya dengan sebenar,
Hanya mereka yang bijak menghargai mutiara ini,
Mampu menyentuh kebahagiaan,

Cinta, Kasih dan sayang ,
Bermula dengan senyuman,
Mekar dengan ciuman,
Dan mungkin berakhir dengan tangisan.

Hati ini akan sunyi,
Sunyi dendangan suara lagu,
Suara rengekan ,
Suara manja dari seorang insan,
Insan yang ku letakkan antara cinta, kasih dan sayang.

FIKIR kerana FIKIRAN ITU SUMBER PENGUASAAN
BERSAHABAT inilah JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN

Ahad, 25 Julai 2010

Jika seorang isteri menangis....



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sabtu, 24 Julai 2010

Nidji - Laskar Pelangi (SUPER HQ Audio/Video)

Filem indon ni mmg best giler..hmy_bcuk tgk dulu kat astro box-office..mmg tangkap leleh gak arr..tgk mcm mana bebudak kecik ni belajar dlm serba daif tp semangat mereka kuat..Mereka sangat rapat dan sama2 bantu-membantu sesama mereka..Nilai sebuah persahabatan yg tiada nilainya..Laskar pelangi sebenarnya sebuah novel yg difilemkan dgn jayanya..

GenAp sEtaHun....


Hahahahahahaa... tak berapa hari lagi genap la setahun aku dok pegang title 'mem besar cum bibik' kat umah!!...
Giler... tak pernah dibuat aku melepak lama giler...
Khamis lepas si cik Melo tu bagitau soh get-ready-packing..sbb mungkin dapat jawapan tak lama lagi..
Lantak aku arrr..
aku dah packing lama dulu dah..dah unpack balik pun..
tapi.... adehhhhh,...
aku dah lama tggl skill dan segala menatang graf, segala info aku pun tggl tak amik tau gak la selama nih...
dalam setahun ni aku dok bukak novel, movie, music, belog,fb,YM, huhuhuhu..best nyer idopppp!!
naya gak la aku nk pulun bukak buku nak kasik refresh blk...
harap2 ader lg la ilmu kat dlm kepala otak aku nih yg masih dok terendam...
posa is around the corner...raye pun tak lama lg... adeh...sempat ke?

Jumaat, 23 Julai 2010

Smallville Buduh!!


Aku saje nonton citer Smallville..dulu2 minat gak arr tgk citer nih..la ni kekadang je..
Yg aku nk citer kali ni betapa bodo nya depa buat citer...
Kriptonite dan pencampuran voltan tinggi sms ribut kilat menyebabkan si Lana pun dapat power sama mcm si Clark..
Tp yg menampahnya bile depa 'memain' leh lak kasik gegar satu pekan Smallville tu....
Ya-ampuunnnn! dah tader modal nak citer ke?

Rabu, 21 Julai 2010

Funniest Bowling Accident

warghhh...superman babe!!... kalau aku la tak tau mane nak sorok muka dah!!.cian mamat nih!

Selasa, 20 Julai 2010

Baru aku tau..


Baru aku tau,...rupa2 nyer gaji captain pilot best giler!

20-35k sebulan, tgk gak dia bwk kapal aper..

lg beso kapal, lg beso rm nyer..

Ehtihad pilot leh cecah 80k..

perghhhh....best siot!!

belajo cuma 2 tahun je pastu leh bwk kapal terbang!!

tp results spm kene gempak la!

tu baru captain kapal terbang,...

kalau captain kapal kontena brp lak ekk?
Related Posts with Thumbnails