Hi bertemu lagi....(mcm la ramai yg follow blog aku nih.. terperasan lak!)
Lagi sesi 'muntah darah' bersama hmy_bcuk...
Kali ni hmy_bcuk nak citer pasal novel ni...
Melur Bunga Ivy by Nazurah Aishah yg baru hmy_bcuk abih baca tadi...
Disebabkan terlalu excited sangat ngan citer ni hmy_bcuk tak sabar2 nak hebohkan kat sini betapa best nyer novel nih....
Ni novel baru di pasaran...kalau tgk tajuk je kita macam tak berapa nk beli la,
pelik lak pakai tajuk cenggitu kan?
pastu hmy_bcuk baca la blurb nyer, agak menarik perhatian..
"sebuah kisah cinta sewangi melur"...perghhhh ayat!!
Melur Bunga Ivy ni mengisahkan seorang balu Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida Azlan yg merupakan seorang mualaf yg kematian suami semasa dia berada di US..Dia kembali ke tanahair bersama2 anaknya Attia Khalilah Amir untuk menjejak pusara suaminya dan mencari2 keluarga mertuanya di Johor Bahru..Dia dibuang oleh keluarga kandungnya kerana memeluk Islam..Stephs anak tunggal kepada seorang Tan Sri yg kaya-raya..Penulis cuba menghuraikan mengenai kebangkitan dan ketabahan Stephs dlm memperjuangkan kehidupannya bersama2 anaknya biarpun dibuang keluarga kandung..
Bersama2 sokongan Aunty Celia dan sepupunya Jane dan Tina, Khalida bangkit dan membuka sebuah kedai bunga 'Loving an Ivy' biarpun terpaksa menjual barang2 peribadi miliknya..Di sini juga kita dapat melihat keakraban dan kuatnya ikatan kekeluargaan biarpun mereka berlainan agama dan fahaman..
Azam seorang akauntan tak pernah jatuh cinta, tetapi insiden kawannya dilanggar oleh seorang wanita yg cantik seumpama bidadari telah membuat Azam jatuh cinta pandang pertama..Azam berusaha untuk mendekati wanita yg telah mencuri hatinya itu..Tapi dia keliru dgn identiti wanita idamannya itu..Akhirnya dia berjaya meluahkan hasrat hatinya tetapi respon daripada Khalida amat mengecewakan...Azam tak putus asa, setelah diselidik rupa2nya Khalida adalah adik-iparnya (isteri arwah adiknya Azlan)..Disebabkan rasa tanggungjawab dan menunaikan wasiat Azlan maka Azam berjaya menemukan Khalida dan keluarganya..Peliknya di sini, Azam sanggup tgglkan pekerjaannya dan menjadi pemandu dan penghantar bunga 'Loving an Ivy'..tp ape nak kisah Azam anak YB.
Akhirnya terbongkar kisah hidup Khalida dan keluarganya dimana Khalida dan Azam adalah sepupu..Dan disebabkan perasaan ego dan bongkak ayah Khalida dia telah mengupah supaya Khalida di tembak dan ibunya yg telah kembali ke agama islam (ibunya murtad) ditembak mati oleh ayahnya dan ayahnya menjadi gila selepas itu..
Disebabkan ketulusan dan keikhlasan Azam maka Khalida menerima Azam..Tetapi yg kelakarnya majlis pertunangan mereka berdua dirahsiakan oleh ibu Azam..Dimana akhir cerita Azam pengsan kerana tak sangka Khalida itu rupanya tunangannya...
Kesimpulan citer ni mmg best, menarik dan klasik!.. Walaupun takde babak2 dan ayat2 jiwang karat tp dapat dilihat betapa tulusnya cinta Azam pada Khalida..
Setuju bangat dengan ayat kat blurb belakang novel nih...." Sebuah kisah cinta sewangi melur..."
Thanks for reading my book and the sweet review :)
BalasPadamLove,
Naz