Tarikh keramat ni kembali lagi...
Alhamdulillah, dapat lagi aku bernafas di bumi Allah yg indah ni buat yg kesekian kali....
Gembira di samping insan-insan tersayang..
Semoga tarikh ini akan datang lagi untuk tahun-tahun mendatang..Aku bersyukur kerana diberi peluang meraikan hari ini sekali lagi..Kali ni dengan orang tersayang, sebab dah 2 tahun aku menyambutnya sensorang..
32 tahun yg dulu aku dilahirkan di Pulau Pinang..
Hahahahaha..Kalau tengok surat beranak aku memang alamat tempat lahir aku tak best berbanding abang ngan adik lelaki aku tu..
Diaorang beranak kat spital, tp aku kat umah beb!! Block GJ 4-1 tu la tempat aku dilahirkan, korang jangan pikir aku dilahirkan kat tepi block mana2 ekk,.. tu alamat kuarters TUDM.Ayah aku kije kat situ dulu sebelum balik Perak..
Nak dijadikan cerita, menurut mak aku sepatutnya aku belum due lagi nk dilahirkan,
so suatu hari tu mak aku dah packing kain baju segala macam mak nenek nak balik KL( mak aku org KL) keesokkan harinya,plan nak lahirkan aku kat KL..
Nak naik keretapi,time tu ayah aku takde kete pun...
Tiba-tiba awal2 pagi tu mak aku dah sakit-sakit sebab aku dah excited nak tengok dunia,
aku taknak naik keretapi!, (nasib baik tak sempat naik keretapi, kalau tk lagi dahsyat la nama tempat lahir aku tu..)
Kelam kabut gak la ayah aku, sebab mak aku dah sakit2 tu.. so aku pun lahir pada kul 7.30am kat umah ayah aku kat Penang tu...
Mak ayah aku happy sebab diaorang dapat baby girl yg cute giler!!! hehehehehe..abg aku pun tk se'cute' aku!!..
Pas dibincang2,pas gado2 diaorang pun amik la keputusan letak nama aku HASNIZA BINTI MOHAMAD YUSOF.
Dan sejak tu aku jd anak manja ayah aku..(tu aku saja cakap sbb dia sorang yg panggil aku adik) orang lain panggil aku kakngah... sbb adik aku tu dah merampas tittle aku sbg anak manja, sbb dia terlebih bebal manjanya! so kiranya aku dah jd adik-tak-jadi!
Aku pun membesar dengan sihat dan kuat di Penang bersama2 'rakan jenayah' aku-abang aku daa, tp aku tk la panggil dia abg sbb aku ni jiwa kental sket. Aku panggil dia Ayie je..
Dia la rakan kroni aku kat situ utk membuli budak bebal terlebih manja tu adik aku- Daban ( nama pun ala-ala Gaban tp kaki report),.
Then macam2 jd kat Penang tu, aku kenal ABC n alif,ba,ta pun kat situ..Apabila aku berusia 6 tahun rakan jenayah aku diterbangkan ke Perak,skolah kat situ..So aku kena la buat baik ngan budak manja tu, lantak arr setahun je..
Pas setahun aku pun terbang gak g Perak dan aku stay kat Perak sampai la abis segala2 jenis exam yang wajib kena jawab kat Malaysia ni..
Pastu aku terpaksa berdiri, berdikari ngan sendiri.. sampai la sekarang aku masih hidup lagi..Alhamdulillah!!!! Aku berjaya jd org gak!
Aku ambil kesempatan untuk coretkan kat sini buat insan2 yang aku sayang sbb tanpa korang aku tak jd org!!
Mak-ayah:.. terima kasih kerana tk berhenti2 memberi sokongan ngan leteran yg dahsyat dikala aku buat betul ngan salah...sentiasa cuba memahami hati aku yg kompleks giler nih!
Ayie: mmg hang jarang nk sembang atau nak bukak mulut, asyik serious 24/7 je, tp kakngah tau hati hang baik dan terima kasih sebab tolong tunjukkan jalan yg betul dikala kakngan ada kat persimpangan.. tak lupa hang gak kira macam 'ahlong' dimasa2 susah!! Moga jumpa la Mrs Right tu cepat2!
Daban: macam mana la nama tu lekat ekk?.. mmg tau badan hang tu mmg besar tp disebalik tu ada ati yg baik walaupun slalu try nk cover diri tu macam jiwa ganas la..Terima kasih sbb slalu support kngah hang ni yg kepala tak berapa nk centre ni..Tak sangka budak bebal-manja ni dah jadi ayah yg baik!
Abang: selain dari my best friend dari zaman kita sekolah then kita tukar status kepada husband-wife ni yg dah cecah 6 tahun, mmg mcm2 cerita suka-duka,pahit-manis,cerah-mendung dah kita lalui dan harap2 akan terus kita lalui bersama2..semoga hidup kita selalu ceria macam warna pelangi.Semoga kita akan terus memperbaiki kehidupan kita sekarang dan moga2 Allah kurniakan kita impian yg sama2 kita impikan..Amin
Friends: tak kira siapa pun korang aku ttp ingat korang..sbb korang la yg mewarnai hidup aku, korang la yg mengajar aku hidup tabah, korang juga yang meyokong aku dari belakang..
Semoga semua insan2 di sekeliling aku ni dilindungi olehNya..Amin..Hepi bezday to me!!
(^,^) Y
mabroookkk.......
BalasPadamHi.. Kak Maria.. lama tk dgr cer...
BalasPadamsyukran!!!
apa adiah besday dr fizal....hehehe
BalasPadammakan malam dgn lilin ker......