Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Coke And Sundae -Ilya Abdullah

Alongside komen:

Syakir:
"Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh kucari,
mana nak sama dgn Miss Coke ku seorg."

Azyan:

"Pak Sameon menoreh getah,
pigidah!!!"

Tengok tajuk jer kita dah terasa-rasa keselambaan cerita ini. Heroin yg ditampilkan dalam cerita ini memang lain dari yg lain. Dia sangat kuat. hehe. Selalunya bila heroin dirujuk sbg kuat adalah ketika dia tabah menerima dugaan dlm hidupnya. Tapi si Azyan ni kuat as in mencepuk, membelasah dan menghadiahkan lebam2 fizikal kpd org yg cari pasal dgn dia. Rasanya physically dia tak lah kuat, cuma dia mahir teknik2 tertentu utk menjatuhkan lawan so itu menjadikan dia kelihatan kuat.

Alam remaja yg semakin ditinggalkan menjadikan Azyan mahu berubah mjadi lebih feminin hinggakan tiga jejaka (bapa dan 2 abgnya) istimewa dlm hidupnya terlopong. Walaupun perubahan dia macam jadi tak jadi, tetapi dia tetap mencuba.

Syakir ni sejak zaman skolah lagi dah syok kat Azyan. Tapi tak penah rasa takut akan kehilangan Azyan wpun dia tak pernah confess cinta dia kat Azyan, tapi dia yakin suatu hari nanti Azyan akan jadi isteri dia. Tapi perubahan Azyan yg jadi lebih feminin tu membuat Syakir sgt bimbang kerana rupa cute yg sebelum ni hanya dia sorang nampak sudah terserlah di mata semua org tambah2 jejaka2 saingannya spt Haziq, Zekri, Rizlan, malah Syamir, adik Syakir yg baru masuk 13thn tu pun jatuh hati dgn Azyan.

Jejaka idaman hati Azyan adalah lelaki yg lebih kuat darinya. Azyan jatuh hati dgn luaran Haziq tapi syg Haziq tu lari lintang pukang bila diganggu sekumpulan samseng, last2 Azyan yg kena mblasah diorg semua utk selamatkan Haziq. Reject! Zekri? Romeo tahap tak hengat. Reject! Rizlan? Mamat hensem yg kaya dgn badan macho berketul2. Perfect!

Syakir? Tak masuk list langsung. Azyan bencikan Syakir sbb Syakir selalu memaksa dan setiap kali Syakir berjaya membuat dia melakukan benda2 yg dia sendiri tak terfikir nak buat seperti jadi heroin utk teater dan pegi berkhemah. Syakir tu terer bab mengugut. Tambah2 dia ngam ngan bakal2 abg ipar dan pandai approach bakal pak mentua dia, Mejar Idris yg bermisai melintang tu.

Rasanya kalau Syakir tu tak garang sangat dan gentleman sikit, mesti azyan suka. Wpun dulu masa skolah Syakir ni cicak kobeng, tapi la ni dah macho. Macam mana akhirnya cik gorilla jatuh cinta ngan encik doktor cicak kobeng? Mula2 jatuh lubang dulu lepas tu baru jatuh cinta. heran aku gak mula2 cemana tengah2 utan tetiba ada lubang. memang ganas idea budak2 teater tu. Nak buat cemana, dah hero heroin pun ganas semacam.

Biasanya hero mcm Syakir tu aku tak suka sgt sbb suka buli dan menyakitkan hati heroin, tapi memandangkan heroin nya adalah Azyan yg sama jer tahap buli dgn Syakir so aku rasa diorang sangat perfect 2gether! :) gila-gila la penulis citer ni, nasib baik dia tak pilih tajuk Gorilla vs. Cicak Kobeng! haha... Coke and Sundae adalah tajuk yg sangat catchy ;)

Paling lawak part masa Azyan mengigau dlm hutan tu. Tetiba jer dia bangun dan jerit nak bunuh syakir n then dia tido balik. Bebudak camping tu nak gelakpun tak berani sbb takut kena cepuk dgn Syakir. hehe.

sinopsis/blurb belakang buku:

Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...

Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.

Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!

Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.

Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.

sinopsis di web kaki novel
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!


hmy_bcuk komen:
mmg klakar novel nih...watak Azyan mmg kepala sempoi,brutal giler,pantang lepa sket asyik nk mencepuk org je..kurang kesabaran.konon nk jd feminin tp mmg tk berapa jadi..dapat lak si hero Syakir yg mulut bisa tahap melaser tak hengat! tapi menaruh hati kat Azyan..mcm2 dibulinya si Azyan tu...hehehe..
mmg sempoi jalan citer dan klakar..boleh la layan baca untuk menceriakan hari kita yg kebosanan!..aku kasik 3.5 bintang!
senyum

Jumaat, 13 Ogos 2010

Jauh Kau Pergi - Dhiya Zafira

Baru lepas menghabiskan novel nie... Novel ke-4 karya DZ..aku tak pernah baca novel2 beliau sebelum ni, tp slps survey kat internet novel2 beliau boleh tahan gak..
Kalau sapa2 yg meminati genre romance-triller leh ler beli novel ni..
Selepas membaca aku boleh kasi 4 bintang arr sbb jalan cerita nyer lain dr yg slalu aku baca.
Jauh Kau Pergi (JKP) mengisahkan kisah cinta antara Afi-Rif..(nama depa sedap2 belaka,malas aku nk tulis pjg2)..
Rif: Kapten Haiyan Rifqi seorang anak yatim piatu( sebatang kara) seorang komando ATM merupakan sahabat baik pada Afi,Jimmy,Eddie,Lukman dan Helmi..kenal semenjak berumur 9tahun.. Tapi disebabkan satu insiden yg menyebabkan kematian tunangnya Nadia menyebabkan Rif menyepikan diri dari Afi.Seorang yg sensitive, tegas, bertanggungjawab dan amanah..
Afi: Afiqah Najwa seorang pustakawan adik kepada Kapten Najmi Hariri (jimmy),seorang wanita yg baik,cantik dan kematian kedua2 ibubapanya dan abgnya menyebabkan dia sedih sgt..sensitive,caring,loving person..pernah ada hati pada Rif watu sekolah dulu..
Starting citer ni dah wat aku meleleh-leleh...gheezzzzzzz..,tp biler dah start aku tak leh stop..aku baca start kul 12mn dan sampai time nak Imsak pun aku still pegang novel ni..hehehe tp lps tu kene stop la kejap, pastu ptg td sambung balik sampai abis
Disebabkan kematian Jimmy (abg kembar Afi), mengakibatkan Afi diancam bahaya..Rif dan 3 sahabatnya berusaha melindungi Afi..rupa2nya melindungi Afi merupakan tugasan Rif, dan disebabkan mereka bukan mahram maka Rif mengambil keputusan menikahi Afi..Kelihatan mereka mcm confius dgn perkahwinan mereka sbb tiada cinta antara mereka masa tu,lebih kepada terpaksa dan tanggungjawab..Insiden2 berlaku dimana org2 Tengku Azhar sentiasa memburu Afi tanpa Afi tahu sebabnya..Muncul Cougar utk membunuh Afi tp Cougar taksanggup melakukannya stlh memandang wajah polos Afi..Rupa2nya Cougar adalah Jimmy (yg tlh di brainwash dan diberi memori baru)..Rif yg telah mensyaki dr awal Cougar adalah Jimmy menjejak Cougar dan Cougar mendapatkan rawatan hipnosis semula utk pulihkan memorinya..
Klimaks citer ni dimana Rif dan Afi berpisah buat sementara kerana memberi peluang pd Rif utk memikirkan perasaan cintanya pada Afi kerana Rif masih tidak dapat membuang ingatannya pd Nadia..setelah Rif benar2 pasti dgn perasaannya Rif kembali pada Afi malangnya Afi telah dilarikan oleh Tengku Azhar dan konco2nya..Nasib baik Rif nampak dan mereka berdua menjadi tahanan Tengku Azhar..Disaat2 menjadi tahanan Tengku Azhar Rif meluahkan persaannya pada Afi, dan rupa2nya Afi sedang mengandungkan anaknya..
Pergelutan berlaku diatas kapal itu antara pihak penjenayah dan pasukan komando menyebabkan Afi terjatuh ke dalam laut dan lemas dan Rif cedera ditembak.Surenya pihak komando menang dlm game nih..tp Afi keguguran..
Endingnyer sure yg baik2 belaka, Afi dan Rif hidup bahagia dan pregnant lagi..Scene kelam-kabut sahabat2 baik mereka semasa Afi mahu melahirkan lucu sekali terutamanya si Helmi yg pitam di hospital sedangkan dia doktor tentera..hehehehehe.. (dia bayangkan kalau tunang dia yg nak bersalin nanti tu yg dia panik!.) dan akhirnya Rif dan Afi dpat twin baby girl!
*novel ni ditulis dgn cantik sekali, ttg kisah hidup seorang tentera komando, byk term2 askar yg digunakan dan aksi2 lasak diceritakan dgn baik..bagaimana jimmy yg bertugas sbg deep undercover utk mendapatkan maklumat pada pengkhianat negara.Nak detail baca sendiri la..
ni pun sbb aku boring sbb tader mende nk buat tu yg aku tulis bebanyak!..Cuma aku takleh terima nape Rif terlalu ikutkan perasaan bersalahnya pada kematian Nadia..Dia lelaki,komando lak tu, dia kena la kuat!! sentimental sgt..Kalau aku la dah berperang dah, tk kuasa nk bertahan ngan mamat sengal yg payah nk lupakan kisah lama..sbb tu aku brutal!
-try nk cari novel DZ yg terdahulu lak,..kalau sempat daa
bestnyer

Khamis, 12 Ogos 2010

~HaNcUr HaTiKu~..

Kuat! Kuat! Kuat!!
Arrghhhhh!!!!!!...............
Angan2 ku lebur di separuh jalan...
Aku ingat dpt la aku berpoya-poya sakan raye nanti ngan family...
Hancussssss....
Aku dah dapat call siang td,...
'... get ready packing your belonging and ready to fly soon..'
Cisssssss hampeh,
aku nk raya la oiiii!!
Sabar2,...
bukannya tak biase posa n raya kat luar Mesia,
tp aku budjet mcm pas raye je...
tak dapat joli sakan ngan Batch78 raye nanti...
huwaaaaaaaaa....sob...sob
sedih

Selasa, 10 Ogos 2010

SaLaM RaMaDhAn


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
dah setahun berlalu
dan
Ramadhan tiba lagi..
Hmy_bcuk nak mengucapkan
Selamat menjalani ibadah puasa
dan
semoga ibadah kita diberkati.
SaLaM RaMaDhAn

Kelebihan Solat Terawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Ahad, 8 Ogos 2010

Demi Kasihmu - Amieza Anaz


Tajuk: Demi Kasihmu

Penulis: Amieza Anaz

Penerbit:NHF Media Corp

Mukasurat: 952

Novel ni mengisahkan ttg sepasang suami isteri; Alia Maisarah dan Lukman Hakimi...

Novel ni terbahagi kepada 4 bab..

"Lukman Hakimi, Alia Maisarah.Dua jiwa satu hati.Takdir penentu segalanya.Namun mampukah mereka mengharungi ombak badai mahakarya cinta yang tercipta untuk mereka?"

Bab 1: Kisah persahabatan Alia dgn Azilah dan Azrina..Dari zaman sekolah sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran masing2.. Kemudian ditemukan dgn Lukman Hakimi yg masa itu adalah kekasih Azilah.. Tapi kemudian Azilah menghilangkan diri ke KL kerana cintakan Suhaimi..Jadi Lukman yg frust selalu bertemu dgn Alia dan telah jatuh hati pada keikhlasan Alia...Kemudian disaat Lukman mahu meluahkan hasrat hatinya mereka ditangkap basah... Lukman merayu dan mendesak Alia supaya mengahwininya tp Alia tak ada hati pada Lukman..tp kemudian mereka berkahwin walaupun ditentang hebat oleh keluarga Lukman..berbagai2 dugaan menimpa sehingga menyebabkan Alia melarikan diri dari Lukman kerana menyangka suaminya akan menikahi dgn Azilah, pilihan mama Lukman..

Bab2: Kisah Alia dan hidupnya bersama anaknya Lukman Hafizi dan keluarga angkatnya..Umi menganggap Alia spt anaknya sendiri..Alia membuka sebuah butik pengantin bersama Jamie (anak umi), yg ada hati pada Alia... Suatu hari Alia bertemu dgn mama Lukman, yg telah insaf dgn salah silamnya..merayu2 Alia supaya kembali kepada Lukman..Rupa2nya Lukman menderita setelah ditinggalkan Alia..Lukman hilang jiwa,mengalami kemalangan dan kecederaan tulang belakang dan siakpnya berubah..Lukman tidak bersungguh2 utk pulih..Mama Lukman berterus-terang kerana bersepakat dgn Azilah utk memisahkan Alia dan LUkman..Alia kembali kepada Lukman dan pelbagai caci-maki terpaksa Alia telan kat umah itu..Pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya semua ahli keluarga menerima beliau..Ttp apbl rahsia Lukman Hafizi diketahui menyebabkan suaminya amat amrah dan kecewa kerana Alia merahsiakan hal Fizi dari Lukman..Lukamna terbang ke Australia utk berubat ttp tiada khabar berita dr Lukman..

Bab 3: Lukman kembali dari Australia dan mereka bersama kembali dan happy..Tahun demi tahun berlalu dan kesan dr pembedahan Lukman tidak boleh memberikan zuriat kpd Alia..lukman kecewa dan sikapnya berubah..Dan sikap sabar Alia akhirnya Lukman redha..

Bab4: Tidak disangka2 Alia mengandung dan mereka dikurniakan seorang puteri..

* mmg panjang kisah/ kemelut rumahtangga Alia-Lukman ni, tp best gak arr citernya..Bagi aku tak rugi kalau beli novel ni...Tp mmg terkilan la nape Alia tk mau berterus-terang dgn suaminya itu, mungkin penulis membayangkan watak Alia kurang matang kerana Alia masih terlalu muda semasa berkahwin..tp best gak la citer ni..aku kasi 4 bintang..




Jumaat, 6 Ogos 2010

Untuk Awak Teja Aulia - Syud

Salam...
Dah lama hmy_bcuk tak buat sesi 'muntah-darah' nie,..
agak2 hmy_bcuk nak tukar la nama sesi 'muntah-darah' ni.. tak sedap lak
sbb hmy_bcuk akan citer pasal novel2 yg hmy_bcuk ada..dan tk pernah pun hmy_bcuk muntah darah sbb membacanya..
Cadangan?....
Stop merapu...
Novel Untuk Awak Teja Aulia karya Syud bg hmy_bcuk mcm kisah2 benar kat luar tu..
mmg wujud kisah ni sbb hmy_bcuk pun ader kenkawan yg ader bestfriend lain jantina ni dan mmg ader gak yg tergelincir perasaan dalam persahabatan tu..
Hmy_bcuk gak kawen ngan salah sorang bestfriend sekolah,dua2 tergelincir masuk gaung,..jd kisah ni natural la..
Cara Syud mengisahkan citer Aulia dan Adil sgt sweet..dah la bestfriend pulak tu berjiran selang bbrp buah umah je..hehehehe..mmg sah2 tk leh elak la...
Walaupun jalan citer UATA ni slow bangat tp tak dinafikan ianya sgt sweet..walaupun tader ayat2 atau scene romantika de amour tp still leh membangitkan betapa sweetnya hubungan mereka..
Paling terharu bila Adil berusaha g ke Terengganu untuk bertemu Aulia sbb Aulia merindui Adil..
Misi kelakar oleh Aulia bila dia menjalankan 'operasi pisang goreng' sbb nak mengusha Adil..
Sangat sweet catatan Adil pd not duit 1SD yg tercatat 'Teja Aulia 1437 by Adil 0323... simbolik tu...
Lagi satu cover novel tu sweet sgt....
Related Posts with Thumbnails