Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Khamis, 20 Mei 2010

Adakah cinta perlukan sebab?...

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri
bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang
tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
..........sebabnya!!!

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
"Baiklah! Abang
mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya
tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan
dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada
isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil
isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika
disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih
sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau
melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta
memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih
mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,
dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."




MyEm0.Com

3 ulasan:

  1. mmg cinta tidak perlukan bukti...cinta yg ikhlas dtgnyer dri hati...

    BalasPadam
  2. betul..kata hati tk pernah menipu..
    jujur, ikhlas dan setia adalah cinta..
    kekadang dgn hanya memandang org yg kita cinta boleh membuat kita tersenyum..

    BalasPadam
  3. aku stuju dgn korg.. tp bg aku ler kan ami... cinta x perlukan sbb tp perlukan bukti.

    kena ler buktikan kita ni saling memahami.. kena buktikan kita saling memerlukan satu dgn len.. kena buktikan kita ni saling mengasihi..

    baru tau cinta tu sentiasa ada dlm hati msg2.. cinta blh dibuktikan melalui 2 cara.. ucapan dan perbuatan..

    klu malu nk ucap, tunjukkan dgn perbuatan.. klu malu nk tunjuk, ucapkanlah dgn kata2.. just says i miss u pun dh buat kita tau dia masih perlukan kita..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails