Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Isnin, 26 Julai 2010

Antara Cinta, Kasih dan Sayang


Mungkin Tuhan sengaja mahukan kita bertemu dengan insan yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Walaupun akhirnya kita menemuinya,
Agar kita tahu untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya.

Ada hikmat disebalik pemberian-Nya,
Pabila pintu kebahagiaan tertutup,
Biasanya pintu yang tertutup itulah direnung lama,
Hinggakan tiada terlihat pintu lain yang dibukakan buat kita.

Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang boleh duduk bersama di dalam buaian,
Berbuai bersama tanpa sebarang kata,
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan itulah perbualan yang paling hebat,

Benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Kita tidak tahu apa yang kita rindu,
Sehinggalah ia datang,

Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Tapi nantikan ia untuk mekar,
Pastikan ia terus mekar dalam syurga hati kita,
Cinta, Kasih dan Sayang,
Cuma seminit untuk jatuh hati,
Sekadar sejam menyukainya,
Sehari untuk menyintainya,
Tapi sepanjang hayat untuk melupakannya,
Kejarlah insan yang bisa mengukir senyuman di wajah kita,
walau cuma sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati nan suram,
kejarlah dan carilah,
Akan tiba waktunya,
sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi,
dan memeluknya dengan sebenar,
Hanya mereka yang bijak menghargai mutiara ini,
Mampu menyentuh kebahagiaan,

Cinta, Kasih dan sayang ,
Bermula dengan senyuman,
Mekar dengan ciuman,
Dan mungkin berakhir dengan tangisan.

Hati ini akan sunyi,
Sunyi dendangan suara lagu,
Suara rengekan ,
Suara manja dari seorang insan,
Insan yang ku letakkan antara cinta, kasih dan sayang.

FIKIR kerana FIKIRAN ITU SUMBER PENGUASAAN
BERSAHABAT inilah JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN

Ahad, 25 Julai 2010

Jika seorang isteri menangis....



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Sabtu, 24 Julai 2010

Nidji - Laskar Pelangi (SUPER HQ Audio/Video)

Filem indon ni mmg best giler..hmy_bcuk tgk dulu kat astro box-office..mmg tangkap leleh gak arr..tgk mcm mana bebudak kecik ni belajar dlm serba daif tp semangat mereka kuat..Mereka sangat rapat dan sama2 bantu-membantu sesama mereka..Nilai sebuah persahabatan yg tiada nilainya..Laskar pelangi sebenarnya sebuah novel yg difilemkan dgn jayanya..

GenAp sEtaHun....


Hahahahahahaa... tak berapa hari lagi genap la setahun aku dok pegang title 'mem besar cum bibik' kat umah!!...
Giler... tak pernah dibuat aku melepak lama giler...
Khamis lepas si cik Melo tu bagitau soh get-ready-packing..sbb mungkin dapat jawapan tak lama lagi..
Lantak aku arrr..
aku dah packing lama dulu dah..dah unpack balik pun..
tapi.... adehhhhh,...
aku dah lama tggl skill dan segala menatang graf, segala info aku pun tggl tak amik tau gak la selama nih...
dalam setahun ni aku dok bukak novel, movie, music, belog,fb,YM, huhuhuhu..best nyer idopppp!!
naya gak la aku nk pulun bukak buku nak kasik refresh blk...
harap2 ader lg la ilmu kat dlm kepala otak aku nih yg masih dok terendam...
posa is around the corner...raye pun tak lama lg... adeh...sempat ke?

Jumaat, 23 Julai 2010

Smallville Buduh!!


Aku saje nonton citer Smallville..dulu2 minat gak arr tgk citer nih..la ni kekadang je..
Yg aku nk citer kali ni betapa bodo nya depa buat citer...
Kriptonite dan pencampuran voltan tinggi sms ribut kilat menyebabkan si Lana pun dapat power sama mcm si Clark..
Tp yg menampahnya bile depa 'memain' leh lak kasik gegar satu pekan Smallville tu....
Ya-ampuunnnn! dah tader modal nak citer ke?

Rabu, 21 Julai 2010

Funniest Bowling Accident

warghhh...superman babe!!... kalau aku la tak tau mane nak sorok muka dah!!.cian mamat nih!

Selasa, 20 Julai 2010

Baru aku tau..


Baru aku tau,...rupa2 nyer gaji captain pilot best giler!

20-35k sebulan, tgk gak dia bwk kapal aper..

lg beso kapal, lg beso rm nyer..

Ehtihad pilot leh cecah 80k..

perghhhh....best siot!!

belajo cuma 2 tahun je pastu leh bwk kapal terbang!!

tp results spm kene gempak la!

tu baru captain kapal terbang,...

kalau captain kapal kontena brp lak ekk?

Sekadar Ingin Berkongsi Kisah Berkenaan Wanita...


Hmy_bcuk terbaca kat fb, info2 yg baik elok kita sebarkan betul tak?...
jadi jom arr kita sama2 menbacanya...

Sabda Rasulullah saw
"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah"

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,
maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"

P/S: Itulah Wanita...Perempuan...Isteri....Ibu...

Isnin, 19 Julai 2010

Melur Bunga Ivy- Nazurah Aishah





Hi bertemu lagi....(mcm la ramai yg follow blog aku nih.. terperasan lak!)
Lagi sesi 'muntah darah' bersama hmy_bcuk...
Kali ni hmy_bcuk nak citer pasal novel ni...
Melur Bunga Ivy by Nazurah Aishah yg baru hmy_bcuk abih baca tadi...

Disebabkan terlalu excited sangat ngan citer ni hmy_bcuk tak sabar2 nak hebohkan kat sini betapa best nyer novel nih....
Ni novel baru di pasaran...kalau tgk tajuk je kita macam tak berapa nk beli la,
pelik lak pakai tajuk cenggitu kan?
pastu hmy_bcuk baca la blurb nyer, agak menarik perhatian..
"sebuah kisah cinta sewangi melur"...perghhhh ayat!!

Melur Bunga Ivy ni mengisahkan seorang balu Stephanie Ivy Gabrielle aka Durratun Khalida Azlan yg merupakan seorang mualaf yg kematian suami semasa dia berada di US..Dia kembali ke tanahair bersama2 anaknya Attia Khalilah Amir untuk menjejak pusara suaminya dan mencari2 keluarga mertuanya di Johor Bahru..Dia dibuang oleh keluarga kandungnya kerana memeluk Islam..Stephs anak tunggal kepada seorang Tan Sri yg kaya-raya..Penulis cuba menghuraikan mengenai kebangkitan dan ketabahan Stephs dlm memperjuangkan kehidupannya bersama2 anaknya biarpun dibuang keluarga kandung..

Bersama2 sokongan Aunty Celia dan sepupunya Jane dan Tina, Khalida bangkit dan membuka sebuah kedai bunga 'Loving an Ivy' biarpun terpaksa menjual barang2 peribadi miliknya..Di sini juga kita dapat melihat keakraban dan kuatnya ikatan kekeluargaan biarpun mereka berlainan agama dan fahaman..

Azam seorang akauntan tak pernah jatuh cinta, tetapi insiden kawannya dilanggar oleh seorang wanita yg cantik seumpama bidadari telah membuat Azam jatuh cinta pandang pertama..Azam berusaha untuk mendekati wanita yg telah mencuri hatinya itu..Tapi dia keliru dgn identiti wanita idamannya itu..Akhirnya dia berjaya meluahkan hasrat hatinya tetapi respon daripada Khalida amat mengecewakan...Azam tak putus asa, setelah diselidik rupa2nya Khalida adalah adik-iparnya (isteri arwah adiknya Azlan)..Disebabkan rasa tanggungjawab dan menunaikan wasiat Azlan maka Azam berjaya menemukan Khalida dan keluarganya..Peliknya di sini, Azam sanggup tgglkan pekerjaannya dan menjadi pemandu dan penghantar bunga 'Loving an Ivy'..tp ape nak kisah Azam anak YB.
Akhirnya terbongkar kisah hidup Khalida dan keluarganya dimana Khalida dan Azam adalah sepupu..Dan disebabkan perasaan ego dan bongkak ayah Khalida dia telah mengupah supaya Khalida di tembak dan ibunya yg telah kembali ke agama islam (ibunya murtad) ditembak mati oleh ayahnya dan ayahnya menjadi gila selepas itu..
Disebabkan ketulusan dan keikhlasan Azam maka Khalida menerima Azam..Tetapi yg kelakarnya majlis pertunangan mereka berdua dirahsiakan oleh ibu Azam..Dimana akhir cerita Azam pengsan kerana tak sangka Khalida itu rupanya tunangannya...
Kesimpulan citer ni mmg best, menarik dan klasik!.. Walaupun takde babak2 dan ayat2 jiwang karat tp dapat dilihat betapa tulusnya cinta Azam pada Khalida..
Setuju bangat dengan ayat kat blurb belakang novel nih...." Sebuah kisah cinta sewangi melur..."

Kompilasi novel Aina Emir

Hmy_bcuk mmg tak sabar nak tggu bila novel nie nak kuar kat pasaran..
Dengar citer akan ada kat Popular ujng bulan nie..
paling lewat awal bulan 8 nanti...
Korang mungkin pernah baca novel2 ni dulu..
Novel2 ni karya lama Kak Aina,.. tapi novel romantis..
Hmy_bcuk pernah baca salah -satu novel tu,..
tu pun member punya..
bila balik sini try gak lar cari novel ni,
tp tak jumpa...
kali ni Kak Aina nk kuarkan kompilasi novel 3:1..
perghhhhhh... happy-tahap-tak-henggat!!!!
Duit pun dah spare dah..
tggu masa je..
awek kat Popular tu pun hmy_bcuk dah sound,
soh kasik tau kalau novel ni dah kuar!..
cayalah hmy_bcuk!!

You ni...Ayat-ayat jiwa


Salam.... bertemu kembali ke ruangan sesi 'muntah darah' hmy_bcuk....
Hmy_bcuk baru je beli buku ni...sbb jatuh chenta ngan cover dia la...
ayat2 jiwa nyer....senyum2 kambing kat Popular tu...
Tapi novel ni betul2 bikin hmy_bcuk nak muntah darah.....
betoi arr org tua2 penah kata; don't judge the book by it's cover...
mmg pun.... TAK BEST LANGSUNG!!..nak citer pasal sinopsis citer ni pun tak lalu...
mak datuk,... boring giler!!!.. tang mana ayat2 jiwa nyer pun tak tau...
jalan citer meleret2, belambak2 watak,kusut, ending yg tak best,..itu kesimpulan hmy_bcuk leh buat!...
dalam 5 bintang tu hmy_bcuk kasik 1/2 bintang aje sbb berjaya buat hmy_bcuk suka ngan cover novel nih....
p/s: rugi duet hmy_bcuk beli novel nih!!

Jumaat, 16 Julai 2010


Arini aku nk bikin biskut raye...
hahahahaha....
bukan untuk makan time raya nanti, tapi...
aku la makan la ni....
teringin giler nak makan biskut almond london
cari2 kat kedai mmg sah2 tarak, sbb bukan musim perayaan...
so semalam aku dah cari bahan2 dan dah bikin doh dia..
pastu simpan dalam peti ais sbb time tu dah malam..
So petang ni aku akan start balik projek aku tu...
harap2 jadik la...
aku mmg dah lama ilang skill buat biskut nih..
lagi satu yg aku teringin nak makan ialah butter cake yg ada kacang kat dalam tu...
biler lak la nk wat kek nih.....?


Selasa, 13 Julai 2010

Empty Decorations



I wake in the dawn to showers of light
Moments of emptiness around
Floating away no reserve of hope
But reality brings me to the ground

What can I do?
What can I say ?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for a life I used to know

Where every song
Was filled with words of love and not of anger
Where did they go?
Why did they leave me far behind?

'Cause I don't wanna be alone... (oh oh)
Living life all on my own (oh oh)
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I wanna be with the people that I know


Who will do the things I do (oh oh)
Making all my dreams come true (oh oh)
I don't recognise the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want...
Is to be with you...



I look at the sky, it looks back at me
I can't hear the silent melodies
I know that I'm here yet I am lost
Blown in confusion by the breeze


Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life I used to know

Where every smile
Was born out of a love and a sincerity
And every tear of overflowing joy


Cause I don't wanna be alone (oh oh)
Living life all on my own (oh oh)
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
Cause I wanna be with the people that I know


Who will do the things I do (oh oh)
Making all my dreams come true (oh oh)
I don't recognise the shadows on my door
Although I've seen them all before
Because the only thing I really want is to be with you.....




Serasi Di Hati - Nora Ismail


Terbitan NB Kara Sdn Bhd
Penulis Nora Ismail (Rose Harissa)
Aku mmg minat giler ngan karya Rose Harissa... semua karya dia aku dah ada cuma yg ni je paling last aku dapat...
Apa yg leh aku buat kesimpulan bagi novel ni,.. okay je...boleh layan la...
Seperti biasa Rose Harissa akan 'keluarkan' watak2 yg cun-memecun dan hemsem-tahap-tak-ingat! tu yg menjadikan Rose Harissa berjaya menarik minat aku untuk terus mengali cari novel beliau...
Serasi di hati mengisahkan kisah Edrinaz seorang isteri yg setia, jujur dan menyintai suaminya sepenuh hati..Tetapi suaminya Shamsul Azman mengambil kesempatan diatas sikap jujur isterinya...Azman tidak menjalankan t/jawap sebagai seorang suami yg baik dan bersikap lepas tangan dan ambil mudah pada isterinya... dan dia berlaku curang di belakang isterinya itu..
Zarul berkenalan dengan Edrinaz di laman chat dan melahirkan perasaan cinta walaupun dia tahu Ed sudah berkahwin..disitu dia menjadi adik angkat kepada Ed, dan dia disitu mereka sama2 berkongsi masalah....Datin Zahlia, tidak dapat melepaskan Zarul yg baginya adalah toyboy buatnya...
Disini juga dapat dilihat bagaimana Kasih Zarul yg mendalam buat Edrinaz yg mana dia sanggup buat apa saja pada buah hatinya...
konflik,masalah rumahtangga dan sebagainya telah merubah diri mereka...Zarul telah kembali ke pangkal jalan dan insaf tetapi edrinaz diceraikan oleh suaminya..
Novel ni kita dapat nilai erti persahabatan yg tiada sempadan, cinta yg tulus, dengki, nafsu, cemburu dan sebagainya..kira byk emosi la dalam citer ni...
Tapi kalau dipanjangkan lagi kisah Zarul dan Ed selepas mereka berkahwin lagi best!!!

AD + IZ


Terbitan Kaki Novel Enterprise
Penulis Eury Athena

Kisah ni bagi aku agak kelakar dan penggunaan ayat yg sempoi...kiranya boleh la layan citer ni..tak membosankan..jalan citer yg mudah tak berbelit2 bg aku..

Citer ni mengisahkan Adriana Mayesa (Ad) seorang anak angkat bg keluarga tiri nya yg tak pernah ambil peduli nasibnya..Dia ditindas,dibuli dan dieksploitasi oleh keluarga tirinya itu..Dia bekerja kat sebuah butik..

Nasibnya berubah apabila berlaku salah faham semasa dia menghantar pakaian yg ditempah ke rumah pelanggannya..membuatkan dia terjebak dengan perkahwinan kontrak.

Di situ di bertemu dengan Tengku Fariel Izumi (Iz), yg meminta dia berpura2 berlakon sebagai kekasihnya..tetapi atas permintaan nenda Iz mereka terpaksa di nikahkan selepas 3jam 30 minit dan 39 saat berlakon sebagai pasangan kekasih...

Dan pada malam pengantin mereka disitu termeterai penjanjian diantara mereka...Iz meminta Ad supaya menyambung pelajarannya di universiti dan Ad pula meminta Iz supaya menurunkan saiz badannya dr saiz xl ke saiz m

Rupa2 nya mereka saling mengenali sebelum ini..Iz adalah senior Ad semasa zaman persekolahan..ada perasaan yg tersimpan kemas dalam hati masing2..

Siapa sebenarnya Adriana Mayesa sebenarnya?

Bagaimana dengan nasib Marina kekasih Iz? dan Tengku Ihsan sepupu Iz yg menyintai Ad?



Isnin, 12 Julai 2010

The Twilight Saga: Eclipse


Hi.... Semalam hmy_bcuk kuar g nonton citer ni ngan En Hafizal Razali...
Actually dah get ready nk g malam Sabtu aritu tp ada incident yg 'baaaiikkkk punye' jadi..
kehkehkehkeh... (driveshaft kancil Opti nyer tercabut!!! kene naik towing truck!)..gila babas nyer malu!!
Mmg seperti yg telah diduga garapan citer nih (wow ayat aku..) mmg memuaskan..kira menjadi la, walaupun seperti biasa tak setanding novel.. tp tak rugi la g membuang duit semalam..dan paling best audience malam tu semua sporting.. siap sorak2 ngan meng'woowww' dan meng'uuuuuuu' kat situ...tu blom yg ader terperasan sampai sengih sampai telinga!!

Bagi yg tak pernah membaca novel karya cik kak stephanie meyer ni mungkin akan confius/pelik sket sbb citer nie adalah sinambungan siri2 novelnyer...

Kali ni dalam eclipse kita leh tgk si Bella terperangkap dalam cinta 3 segi, antara Edward ngan Jacob...Kat sini gak kita dapat lihat bagaimana dalamnya cinta si edward dan dia beberapa kali gak la ajak si Bella ni kawen..tp si Bella takut ngan komitmen pd usia muda..si Jacob lak tak abis2 mengayat ngan menasihat si Bella supaya tgglkn Edward n jgn jadi vampire...

Tapi kali ni kita dapat lihat bagaimana The Cullen ngan Wolf pack mengambil kata sepakat utk sama2 bergabung tenaga utk melindungi si bella dr angkatan newborn vampire yg diketuai oleh Victoria dan Riley..

Dalam Eclipse gak kita dapat tgk The Wolf pack dah bertambah bilangan ahlinya..kisah2 masa lampau si Rosalie ngan Jasper sblm diaorg jd vampire..cinta yg mendalam bg si Edward ngan si Jacob luahkan perasaan nyer kat si Bella..

Kesimpulannya,... aku suke!!!! Aku kasi markah penuh..5 bintang!!! (korang tk setuju lantak korang la!!)
tak sabar nk tggu cd blu-ray ngan cd soundtracknyer kuar!!! ader lagu Muse lagi..akak suke!!

Rabu, 7 Julai 2010

The Twilight Saga:Eclipse


Hi.... hmy_bcuk tengah menghitung hari je... Esok dah kuar dah citer nih...hehehehehe....
Dulu2 dok susah ati kot2 tak sempat nak layan citer feberet hmy_bcuk nih, tapi ngan sukacita nyer berjaya gak menantinya..

Filem nie bakal kluar esok, tp hmy_bcuk kene sabar sket sbb hmy_bcuk plan nk g weekend ni..Dah buat appoinment dah ngan my hubby..Thanks in advance!

Mmg sequel yg nie hmy_bcuk ternanti2, sbb mmg dlm bookset dia hmy_bcuk paling minat ngan eclipse selain dari breaking dawn..Korang kena baca dulu! Harap2 director dia bikin gempak2 la..
Dan harap2 lagu2 soundtrack dia pun best..tak best pun mmg dah masuk senarai wajib beli DVD ngan CD soundtrack pun....


Selasa, 6 Julai 2010

Rosak


Kali nie aku nk bukak citer pasal bebudak yg tak tak cukup otak..

Naper ayat aku tu bunyi mcm budus je,..sbb bg aku utk org2 cenggini mmg takyah guna ayat yg elok2.

Ape nak jadi ngan manusia zaman sekarang,.. budi bahasa zero, kelaku minus!, ader otak tak pakai otak sbb otak dah ader kat lutut!

Kenapa diorang jadi macam ni...salah ibu mengandung ke? family tak hajo ke? ke dia sendiri yg mmg benak tak makan di ajar?

Bukan aku nk kata aku ni dah jadi insan yg baik, tp aku still cuba nk jd org baik..Aku slalu berdoa biarpun aku jauh dr mata keluarga dan barang sesiapa pun aku terus berdoa agar aku dijauhkan dr mende2 yg jahat..Cukup la dosa yg ader ni..

Tapi naper masih lagi ader org yg tak sedar? mende tu terang2 salah? Terang2 dosa? nape diaorang still bangga buat mende tu dan tader segan silu story kat semua org? Astagfirullah!

Paling best diorang pandai bermuka2 konon dia yg baik, dan diaorg pandang aku ni yg pelik.. Apa sudah jadi?

Sekarang susah nak jumpa lelaki dan perempuan yg real baik..sbb byk yg pandai cover jahat diaorng..Dulu2 susah nk jumpa pompuan yg melepak malam2,tp sekarang jgn kata melepak,tp siap melalak lg ader..dressing jgn kater la aku yg pompuan ni pun tk lalu nk tgk! Yg lelaki lak tk segan silu peluk cium pompuan yg entah bini dia ke bini org tu.. Tu blom kira minum tonggang bagai mende tu..night xtvt atau weekend plan yg pelbagai..merokok yg tak kenal sape? Ape dah jadi? Dah lama aku tk tgk anak muda lelaki g masjid ke surau, anak dara yg rajin kemas umah pandai wat kuih tradisi... teringin nk tgk anak2 muda yg tau sopan santun,tegur menolong ikhlas org tua.. Wujud lagi ke insan cam tu? Kenapa emak ayah diaorang tk didik mereka betul2..

aku frust betul...
Mmg ader yg baik tp tak byk la dan aku tabik spesis terancam tu..

Moga2 kita sama2 mendidik anak2 kita yg kecik2 tu spy betul2 jd insan berguna..

Takkan melayu ilang di dunia..mmg tak ilang,..sbb aku tau yg tggl tu bukan melayu lagi!! Dah jd hampas...

Isnin, 5 Julai 2010


bANtUAn-BAnTUaN.....

CAlINg-CAlLInG kENkAWan.....

aKU tADeR iDEa NAk MErAPu...

BUsAN WeH!!!!

Ahad, 4 Julai 2010

Indahnya FIFA andai tahu menilai- Bukti Islam Hebat

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah wa syukrulillah.. kenikmatan islam terus terasa,
Kehebatan Islam terus dipersembahkan di padang dunia,
Menjadi lambang keagungan, keadilan, kehebatan Sang Pencipta..

Anda minat bola? Laghah?!! Sabar.. anda lihat, anda nilai, anda tentukan. Menjadi kegilaan ketika ini dengan ‘demam bola sepak’. Memang tidak dapat disangkal, peminatnya bukan sahaja warga muda, malah yang tua dan budak hingusan pun pasti melayan. Kalau di tempat saya, daripada sebesar warung sehingga sekecil-kecil warung masing-masing sibuk pasang skrin besar untuk attract lebih ramai customer. Hahaha.. Masing-masing datang dengan dengan berpakaian lengkap jersi dan mindset bahawa pasukan pilihan mereka akan menang, dan sekiranya kalah.. menjadi ketidakpuashatian pasti meletus(betul ke ayat ni). Buat masa ini anda sokong mana? Masih istiqamah dengan pilihan pasukan yang telah kalah? Bukan persoalan ini menjadi titik utama penulisan saya sebenarnya.


Berfikir sejenak, Australia,England dan Argentina merupakan beberapa buah Negara yang mempunyai barisan pemain bola sepak antarabangsa yang hebat, tetapi apa perkaitan dengan ketiga-tiga Negara ini? Kalau anda minat Jerman, persoalan pasti terjawab. Sudah pasti mereka merupakan pasukan yang telah tersingkir buat masa ini serta telah dikalahkan oleh Jerman. Sabar, bukan bermaksud saya mengeluarkan statement ini maka saya fanatik pasukan itu. Mari taaruf pemain yang sibuk dibual kini, Mesut Ozil, player Jerman yang kini disebut-sebut namanya merupakan seorang anak muda keturunan Turki yang sangat berbakat dalam permainan sepak bola. Beliau baru berumur 21 tahun tetapi mempunyai bakat yang besar. Tetapi apa lagi besar? Adakah bakat semata-mata? Sudah tentu kekuasaan Allah SAW. Allah yang mencipta manusia, memberi bakat semulajadi, serta menggerakkan hati dan memberi hidayah.


Siapa sebenarnya Ozil? Kita taaruf lagi.. Pada tahun lalu, Ozil telah membantu menjulang Jerman apabila menjaringkan satu gol dan memberi lorongan untuk dua gol lain perlawanan akhir Kejohanan Bawah 21 UEFA, menewaskan England yang dibimbing, Stuart Pearce, 4-0. Ozil juga mewakili skuad B17, B19 dan B21 Jerman. Piala Dunia 2010 sekali lagi menyaksikan kehebatan Ozil apabila meranapkan impian England untuk memasuki pusingan suku akhir. Walaupun, bersedih menerima berita buruk mengenai kematian nenek tersayang di Hospital Bandar Bolu, Turki, beberapa hari sebelum perlawanan menentang England, ia tidak menjadi penghalang bagi anak muda itu melakar aksi cemerlang. Dengan gerakan-gerakan menarik dan larian pantas pertahanan skuad bimbingan Fabio Capello tidak dapat menandingi keupayaan Ozil. England terpaksa akur dengan kepantasan skuad muda Jerman apabila tewas 4-1 sekali gus menyaksikan mereka sekali lagi berputih mata meneruskan perjuangan dalam Piala Dunia kali ini. Kemudian, kemenangan keatas Argentina pada pusingan suku akhir sekali gus mencerahkan peluang menjulang Piala Dunia 2010. Ketangkasan Ozil telah menarik perhatian kelab ternama dunia untuk menyarungkan jersi mereka seperti Barcelona, Arsenal, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Aston Villa dan banyak lagi.

Dan apakah yang hebat lagi tentang Ozil?? Ternyata dia ISLAM!!! Dalam setiap sebelum perlawanan bermula, Ozil akan mengisi masanya dengan membaca kitab suci Al-Quran. Oh, indah bukan? Allahuakhbar. Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa terdapat ramai lagi pemain-pemain bola sepak yang hebat dan beragama islam. Sifat terpujinya kita boleh ambil, kemenangan di dunia bersifat sementara, sedangkan kemenangan yang hakiki ialah apabila tiba di akhirat kelak.

Ibrahim Afellay menjadi salah satu pemain yang dianggap berbakat dalam pasukan Belanda. Permainannya telah matang bersama PSV Eindhoven, bahkan mendapatkan penghargaan Eredivisie sebagai pemain terbaik 2007/08. Ibrahim Afellay terpilih sebagai "Moslim van het jaar" atau Muslim Tauladan di Belanda.



Sulley Muntari merupakan muslim yang taat,dia tetap menjalankan puasa saat kompetisi seria-A berlangsung. Setelah dia mencetak gol ke gawang, Sulley Muntari segera sujud sebagai wujud rasa syukur; hal ini membuat banyak muslim Italia memujinya. Begitu juga ketika dia melakukan selebrasi dengan membuat huruf “C” di jarinya. Ada yang mengatakan itu inisial pacarnya, ada juga yang menyebutnya sebagai simbol bulan sabit yang identik dengan Islam.

Henry kerap mendorong agar setiap orang membaca al-Quran dan membaca lebih banyak lagi tentang agama Islam agar lebih mengenal agama.


Salah satu Muslim di Skuad Jerman ini adalah warga keturunan Tunisia.



Franck Ribery memeluk Islam setelah bermain di klub asal Turki, Galatasaray, pada 2005.Sebelum masuk padang, dia selalu berdoa. Isterinya seorang muslimah dan memiliki dua orang puteri, Hiziya dan Shahin. Ia pernah mengatakan, “Islamlah yang memberikan saya kekuatan dalam dan luar padang”.

Sahabat, mereka adalah antara pemain hebat yang telah masuk islam dan sebenarnya masih ramai lagi seperti Nicholas Anelka, Nasri, Zinadine Zidane dan lain-lain. Mengapa tidak kita mencontohi mereka? menjadikan Agama Islam sebagai pasak dalam hati untuk saling mendambakan keredhaan Allah.

Sabtu, 3 Julai 2010

ULangTAhuN akU

Tarikh keramat ni kembali lagi...
Alhamdulillah, dapat lagi aku bernafas di bumi Allah yg indah ni buat yg kesekian kali....
Gembira di samping insan-insan tersayang..
Semoga tarikh ini akan datang lagi untuk tahun-tahun mendatang..Aku bersyukur kerana diberi peluang meraikan hari ini sekali lagi..Kali ni dengan orang tersayang, sebab dah 2 tahun aku menyambutnya sensorang..
32 tahun yg dulu aku dilahirkan di Pulau Pinang..
Hahahahaha..Kalau tengok surat beranak aku memang alamat tempat lahir aku tak best berbanding abang ngan adik lelaki aku tu..
Diaorang beranak kat spital, tp aku kat umah beb!! Block GJ 4-1 tu la tempat aku dilahirkan, korang jangan pikir aku dilahirkan kat tepi block mana2 ekk,.. tu alamat kuarters TUDM.Ayah aku kije kat situ dulu sebelum balik Perak..
Nak dijadikan cerita, menurut mak aku sepatutnya aku belum due lagi nk dilahirkan,
so suatu hari tu mak aku dah packing kain baju segala macam mak nenek nak balik KL( mak aku org KL) keesokkan harinya,plan nak lahirkan aku kat KL..
Nak naik keretapi,time tu ayah aku takde kete pun...
Tiba-tiba awal2 pagi tu mak aku dah sakit-sakit sebab aku dah excited nak tengok dunia,
aku taknak naik keretapi!, (nasib baik tak sempat naik keretapi, kalau tk lagi dahsyat la nama tempat lahir aku tu..)
Kelam kabut gak la ayah aku, sebab mak aku dah sakit2 tu.. so aku pun lahir pada kul 7.30am kat umah ayah aku kat Penang tu...
Mak ayah aku happy sebab diaorang dapat baby girl yg cute giler!!! hehehehehe..abg aku pun tk se'cute' aku!!..
Pas dibincang2,pas gado2 diaorang pun amik la keputusan letak nama aku HASNIZA BINTI MOHAMAD YUSOF.
Dan sejak tu aku jd anak manja ayah aku..(tu aku saja cakap sbb dia sorang yg panggil aku adik) orang lain panggil aku kakngah... sbb adik aku tu dah merampas tittle aku sbg anak manja, sbb dia terlebih bebal manjanya! so kiranya aku dah jd adik-tak-jadi!
Aku pun membesar dengan sihat dan kuat di Penang bersama2 'rakan jenayah' aku-abang aku daa, tp aku tk la panggil dia abg sbb aku ni jiwa kental sket. Aku panggil dia Ayie je..
Dia la rakan kroni aku kat situ utk membuli budak bebal terlebih manja tu adik aku- Daban ( nama pun ala-ala Gaban tp kaki report),.
Then macam2 jd kat Penang tu, aku kenal ABC n alif,ba,ta pun kat situ..Apabila aku berusia 6 tahun rakan jenayah aku diterbangkan ke Perak,skolah kat situ..So aku kena la buat baik ngan budak manja tu, lantak arr setahun je..
Pas setahun aku pun terbang gak g Perak dan aku stay kat Perak sampai la abis segala2 jenis exam yang wajib kena jawab kat Malaysia ni..
Pastu aku terpaksa berdiri, berdikari ngan sendiri.. sampai la sekarang aku masih hidup lagi..Alhamdulillah!!!! Aku berjaya jd org gak!
Aku ambil kesempatan untuk coretkan kat sini buat insan2 yang aku sayang sbb tanpa korang aku tak jd org!!
Mak-ayah:.. terima kasih kerana tk berhenti2 memberi sokongan ngan leteran yg dahsyat dikala aku buat betul ngan salah...sentiasa cuba memahami hati aku yg kompleks giler nih!
Ayie: mmg hang jarang nk sembang atau nak bukak mulut, asyik serious 24/7 je, tp kakngah tau hati hang baik dan terima kasih sebab tolong tunjukkan jalan yg betul dikala kakngan ada kat persimpangan.. tak lupa hang gak kira macam 'ahlong' dimasa2 susah!! Moga jumpa la Mrs Right tu cepat2!
Daban: macam mana la nama tu lekat ekk?.. mmg tau badan hang tu mmg besar tp disebalik tu ada ati yg baik walaupun slalu try nk cover diri tu macam jiwa ganas la..Terima kasih sbb slalu support kngah hang ni yg kepala tak berapa nk centre ni..Tak sangka budak bebal-manja ni dah jadi ayah yg baik!
Abang: selain dari my best friend dari zaman kita sekolah then kita tukar status kepada husband-wife ni yg dah cecah 6 tahun, mmg mcm2 cerita suka-duka,pahit-manis,cerah-mendung dah kita lalui dan harap2 akan terus kita lalui bersama2..semoga hidup kita selalu ceria macam warna pelangi.Semoga kita akan terus memperbaiki kehidupan kita sekarang dan moga2 Allah kurniakan kita impian yg sama2 kita impikan..Amin
Friends: tak kira siapa pun korang aku ttp ingat korang..sbb korang la yg mewarnai hidup aku, korang la yg mengajar aku hidup tabah, korang juga yang meyokong aku dari belakang..

Semoga semua insan2 di sekeliling aku ni dilindungi olehNya..Amin..Hepi bezday to me!!
(^,^) Y

Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah

Salam,...
Kembali lagi ke sesi ruangan 'muntah darah' hmy_bcuk..
kali nie hmy_bcuk nk citer pasal novel yg masih fresh hmy_bcuk abis baca...
hmy_bcuk minat gak arr ngan penulis nih..ada 2 buah novel rasanya dah baca,..
novel nie agak tebal gak arr,.. 810 pages,
hmy_bcuk mmg jenis yg excited baca novel yg tebal2
sbb leh abis lambat sket..tara mcm buku ni satu ari setengah gak la nk menghayatinya..sbb tu hmy_bcuk nk buku yg 2000 pages br best tk yah beli buku seminggu!

Memula hmy_bcuk baca novel nie,...
wa cakap lu serious!, serious!!
wa leleh beb!!
Dalam otak hmy_bcuk time tu dok kata, camne nk abiskan baca novel ni,baru bab satu dah leleh!..
Then hmy_bcuk teruskan gak,...
bab 2...leleh lagi... mak aiii,..gimana sih?
then,masuk bab2 yg seterusnya leh ketawa terkekeh2 mcm baca komik!..
magic kan??.. hmy_bcuk sanggup tahan mata smlm sampai kul 4.30am dan gelak sensorang!!

Okay, overall novel ni simple je..
jln citer biase2 je bg hmy_bcuk, kisah pesakit breast cancer..
Kisah tentang si Qila anak yg disisihkan dr papanya kerana dianggap sial krn menyebabkan kematian mamanya seorang penderita ca breast..budus tol bapak dia! kisah dia time budak2 tu mmg tangkap leleh..Then bila dia dah blk Mesia, kene kije ngan company papa dia time tu mmg merapu-meraban..kekadang cam tk logic lak budak 1st class degree holder perangai merapu!

Kat situ gak dia jumpa bakal suami dia, Ryan, yg juga sepupu dia dan juga musuh ketat no 1 dia dan juga pakwe akak dia..kiranya pantang jumpa je la,asyik gaduh je..

background watak2 dia hebat2,..keturunan Tengku..mix-blood,..kaya,.. syarikat sendiri, org gaji,sahabat setia,..etc-etc..(standard citer org kaya2 la)

So pastu macam2 mende jadi dan depa kawen sbb amanat papa si Ryan,kira kawen paksa kalau tk harta papa Ryan kira dpt kat Qila..bla-bla-bla-bla

Then, mcm2 watak kuar,pun kira merapu2 gak..klakor gak la karekter depa...
Dah nk ending br la sedey sket balik...sbb Qila dpt ca breast dan dia preagnant anak Ryan.

Okay,kesimpulan yg leh dibuat,citer ni jd meleret2 sbb penulis tulis ngan detail sekali bab2 merapu meraban tu!.. jalan citer dia simple je sebenarnya..
tp disebabkan otak aku pun kira mcm otak kartun,merapu gak...so ok la!!
leh gak arr kasik gelak..
tp kalau korang tanya best ke idak,nk beli ke idak,...
aku akan jawab suke ati korang...
sbb tkde mende yg menarik sgt..leh arr isi masa boring korang nanti..

Okay masa utk hmy_bcuk titun!! jumpa lagi di sesi 'muntah darah' yg berikutnya!!

Related Posts with Thumbnails