Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Be my guest,..add yourself at my Guestbook!

Isnin, 26 Julai 2010

Antara Cinta, Kasih dan Sayang


Mungkin Tuhan sengaja mahukan kita bertemu dengan insan yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Walaupun akhirnya kita menemuinya,
Agar kita tahu untuk bersyukur dengan nikmat pemberiannya.

Ada hikmat disebalik pemberian-Nya,
Pabila pintu kebahagiaan tertutup,
Biasanya pintu yang tertutup itulah direnung lama,
Hinggakan tiada terlihat pintu lain yang dibukakan buat kita.

Sahabat yang paling baik adalah sahabat yang boleh duduk bersama di dalam buaian,
Berbuai bersama tanpa sebarang kata,
Dan kemudiannya berjalan pulang dengan satu perasaan itulah perbualan yang paling hebat,

Benar kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Kita tidak tahu apa yang kita rindu,
Sehinggalah ia datang,

Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Tapi nantikan ia untuk mekar,
Pastikan ia terus mekar dalam syurga hati kita,
Cinta, Kasih dan Sayang,
Cuma seminit untuk jatuh hati,
Sekadar sejam menyukainya,
Sehari untuk menyintainya,
Tapi sepanjang hayat untuk melupakannya,
Kejarlah insan yang bisa mengukir senyuman di wajah kita,
walau cuma sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati nan suram,
kejarlah dan carilah,
Akan tiba waktunya,
sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi,
dan memeluknya dengan sebenar,
Hanya mereka yang bijak menghargai mutiara ini,
Mampu menyentuh kebahagiaan,

Cinta, Kasih dan sayang ,
Bermula dengan senyuman,
Mekar dengan ciuman,
Dan mungkin berakhir dengan tangisan.

Hati ini akan sunyi,
Sunyi dendangan suara lagu,
Suara rengekan ,
Suara manja dari seorang insan,
Insan yang ku letakkan antara cinta, kasih dan sayang.

FIKIR kerana FIKIRAN ITU SUMBER PENGUASAAN
BERSAHABAT inilah JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN

2 ulasan:

  1. antara CINTA, KASIH dan SAYANG....sampai skrg aku tak tau bezakannyer.....

    BalasPadam
  2. bg aku makna tu semua sama je..
    tp bg aku makna sayang lebih besar dr cinta dan kasih...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails