Selasa, 28 Disember 2010
Hi-Hi 2011 & ByE-ByE 2010
Sabtu, 11 Disember 2010
End Year and Xmas Party @ KSA
Jumaat, 10 Disember 2010
Fire & Ice by Catherine Hart
Slalu nyer time2 mata nk tertutup utk tido baru selak2 sket and time lunch break kat tempat kije..Hahahaha lawaks giler sbb ni lah novel yg paling lama hmy_bcuk nk menghabiskan nyer..
Berbalik pasal novel nie, novel ni hmy_bcuk pinjam dari member hmy_bcuk gak..exchanged gitu. novel ni novel dewasa..paham2 je lah dewasa, tgk gambo pun tau, tp novel yg hmy baca ni tader gambar, iyer ler dah duduk pun kat tanah arab yang syahdu ni maner nak jumpa gambo yg bukan2..
novel ni mengisahkan suasana zaman dulu2, alahai zaman Amerika pakai kereta kuda ngan pakai kapal laut la ( tak tau la tahun brp masihi lak!), kisah awek Irish yg sebatang kara yg kaya-raya dan cun melecun..naik kapal dan kapten kapal yg hensem tahap cipan tu jatuh chenta la plak ngan awek tuh..
dan sbb nanny awek tu mati lemas kat tgh laut time ribut taufan jd si kapten amik chance la kawen ngan awek cun tu..kononnyer nak protect awek tu la..(standard ayat lelaki)
So depa sebenarnyer suka antara satu sama lain tp, biasa la ego tahap dewa, maka depa asyik gaduh memanjang.sampai status laki-bini depa pun dirahsiakan kepada family..tp malam2 mencari gak! buduh!
Macam2 jadi dlm citer tu, kapten kapal tu dlm masa yg sama buat kije illegal jd pirate dan bini dia dpt tau bini dia pun jadi pirate gak dan dia rompak brg yg laki dia rompak!- (susah2 je),..
time bini dia jd lanun, bini dia siap seduce laki dia lg, tp laki dia ni punya la sengal tak tau yg lanun pompuan tu bini dia, sbb bini dia pakai mask!( aper nyer bingai la laki dia tu, tkkan suara bini sendiri pun tak kenal!),
last cerita sama gak la mcm citer industan,..happy ending beb!
-bg aku citer ni biasa2 je, melalut2 kontroversi nyerdan terlalu detail segala mende penulis tu nak cerita..dalm erti kata lain terlalu detail! aku kasi score 3 bintang je..
Isnin, 6 Disember 2010
DOA AKHIR & AWAL MUHARRAM
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun :
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun:
Jumaat, 26 November 2010
Cinta : sebuah karya dari khalil gibran
ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan?
itu kerana hal terindah di dunia tidak terlihat
ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung
dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan cinta.
Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan,
seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan,
tapi melepaskan bukan akhir dari dunia,
melainkan suatu awal kehidupan baru,
kebahagiaan ada untuk mereka yang tersakiti,
mereka yang telah dan tengah mencari dan
mereka yang telah mencuba.
kerana merekalah yang bisa menghargai betapa
pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka.
Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu
menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak memperdulikanmu dan
kamu masih menunggunya dengan setia.
Adalah ketika di mulai mencintai orang lain dan
kamu masih bisa tersenyum dan berkata
" aku turut berbahagia untukmu "
Apabila cinta tidak bertemu bebaskan dirimu,
biarkan hatimu kembalike alam bebas lagi.
kau mungkin menyadari, bahwa kamu menemukan
cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersama cinta itu.
Orang yang bahagia bukanlah mereka yang selalu
mendapatkan keinginannya, melainkan mereka
yang tetap bangkit ketika mereka jatuh, entah
bagaimana dalam perjalanan kehidupan.
kamu belajar lebih banyak tentang dirimu sendiri
dan menyedari bahwa penyesalan tidak
seharusnya ada, cintamu akan tetap di hatinya
sebagai penghargaan abadi atas pilihan2 hidup
yang telah kau buat.
Teman sejati, mengerti ketika kamu berkata
menunggu selamanya ketika kamu berkata
"tunggu sebentar"
tetap tinggal ketika kamu berkata
membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan
belum berkata " bolehkah saya masuk ? "
mencintai juga bukanlah bagaimana kamu
melupakan dia bila ia berbuat kesalahan,
melainkan bagaimana kamu memaafkan.
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu mengerti.
bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa
yang kamu rasa,
bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan
bagaimana kamu bertahan.
Mungkin akan tiba saatnya di mana kamu harus
berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang
itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita
menyadari bahwa orang iu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.
kadangkala, orang yang paling mencintaimu adalah
orang yang tak pernah menyatakan cinta
kepadamu, karena takut kau berpaling dan
memberi jarak, dan bila suatu saat pergi, kau akan
menyadari bahwa dia adalah cinta yang tak kau
sedari
Selasa, 16 November 2010
~EID MURTABAK!~
okay ler sbb murtabak ni sedap giler dan menjadik ngan sempurna skali, hmy_bcuk nk tukar nama la.. MURTABAK PERANTAU SUKA-SUKI!!...
Isnin, 15 November 2010
EID MUBARAK
Ahad, 7 November 2010
segmen 'muntah darah' hmy_bcuk kembali menghantui..
Selasa, 2 November 2010
~WELCOME WINTER~
Sabtu, 23 Oktober 2010
~BREAKING DAWN~
Breaking Dawn di separate kan pd 2 bhgn..
Part 1 11 Nov 2011
Part 2 16 Nov 2012
Hmmm.... pandai depa bikin duitkan?
Tp mmg panjang pun citer tu dalam Breaking Dawn'!
Aku akan cuba pastikan aku dapat luangkan masa utk tgk,
biarpun bukan saja aku kena dptkn tiket wayang,malah aku kena dapatkan tiket k/terbang utk tgk wayang...hehehehe!
Aku baru dapat info dari member2, MAS flight dah ader kat Riyadh..
Yesss... murah beb! SR1.4k - SR1.9k (jimat dekat SR 1.5k)
So Mac nanti aku blk leh arr pakai MAS nyer tiket dan tiket free hospital nyer aku leh spare utk jenjalan Europe Jun nanti..
Bijakkan?..hehehe
Mac nanti plannyer nk ke KK sefamily..
hahaha best2! leh berfoya2 lagi!
June lak still dok timbang-tara,
sama-ada nk back-pack or ikut tour agency..
mcm best g back-pack je..
hopefully selamat la kitaorng nih!
-len kali la aku citer pasal project jenjalan aku ni...sbb blom pegi pun..
Sabtu, 16 Oktober 2010
TaTaU
Isnin, 11 Oktober 2010
aku the lone ranger
house-mate blk mesia- vacation...
syahdunye kene tggl sensorang..
taper...
aku akan penuhi xtvt aku ngan sebaik2nya..
aper lg, wii game,dvd-thon with loud music la aku nanti!!
like orang gilak!!
tader hal,.. aku nyer vacation early march next year
blk mesia la..nk belanja family aku g makan angin
kat negeri di bawah bayu...
then june aku n the gang g europe tour lak..
insyaallah!!
huwaaaaaa... mlm ni tido sensorang..
Khamis, 7 Oktober 2010
~DUHAI HATI~
Ahad, 3 Oktober 2010
Rabu, 29 September 2010
Pengalaman10 hari
Khamis, 23 September 2010
~CaMnE Ekkk?
Td hmy_bcuk br blk dr majlis 'moon-cake festival' dr member2 tionghua kat sini..
Mcm2 mknn ader... rezeki jgn ditolak, so hmy_bcuk bedal je sbb semua tu halal..
Kat sana hmy_bcuk jumpa ngan seorang budak lelaki yg berusia 9 bln, cute giler!!
Namanya Muhammad tp nickname dia ......oppss lupa lak, tp ada 'di' kat ujung...
hahahaha kantoi lak nk bercerita..
tp dia mmg cute!
Ayah Muhammad ni rakyat Saudi dan berkahwin ngan salah sorang member kitaorang..
member cina-malaysia..
tp yg hmy_bcuk tk paham camne depa leh kawen tp yg si perempuan tu tkyah tukar agama..
first and the only wife lak tu, sah ke?
kat ner dan pakai rukun nikah aper?
tp hmy_bcuk melihat dan dgr diaorg mmg happily married dan si suami mmg amat bertanggungjawab menjalankan tugasnya sbg suami..
alhamdulillah..
dan member hmy_bcuk menghormati kawan2 yg beragama Islam dgn menyediakan telekung dan sejadah kat umah tu.
tapi....,
Bukan syarat sah nikah kedua2 pengantin kena beragama Islam ke?
Tak dinafikan kat sini mmg ader org saudi yg berkahwin dgn org yg bukan islam tanpa perlu si perempuan tu convert agama,tp itu utk isteri ke2 dan seterusnya..
I'm confius!
Aper pun hmy_bcuk doakan semoga rumah-tangga member hmy_bcuk ni berkekalan dan bahagia selamanya..
Moga2 dibukakan pintu hati sahabat hmy_bcuk itu utk memeluk Islam suatu hari nanti...
InsyaAllah,..
Rabu, 22 September 2010
~PeNgUmUmAn~
Saudi National Day 22.9.2010
Selasa, 21 September 2010
BIKIN AKU JD GILA!!!
Ahad, 19 September 2010
Alhamdulillah
Sabtu, 18 September 2010
~SeLaMaT TiNgGaL~
Selasa, 7 September 2010
~SaLaM AiDiLfItRi!
thanks & i luv u
Khamis, 2 September 2010
اغنية ميرنا وخليل menekse ile halil song
selepas gumus/nour aku nk cari lak mirna wa khalil/menekse ile halil ni..sedih giler citer nih!!
Rabu, 1 September 2010
~MoOd RaYe~
Jumaat, 27 Ogos 2010
ceritas haku
Isnin, 23 Ogos 2010
Jumaat, 20 Ogos 2010
yes-no situation
Rabu, 18 Ogos 2010
~AkHiRnYa~
Selasa, 17 Ogos 2010
Berjaya Akhirnya!
Sabtu, 14 Ogos 2010
~just because~
Coke And Sundae -Ilya Abdullah
Syakir:
"Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh kucari,
mana nak sama dgn Miss Coke ku seorg."
Azyan:
"Pak Sameon menoreh getah,
pigidah!!!"
Tengok tajuk jer kita dah terasa-rasa keselambaan cerita ini. Heroin yg ditampilkan dalam cerita ini memang lain dari yg lain. Dia sangat kuat. hehe. Selalunya bila heroin dirujuk sbg kuat adalah ketika dia tabah menerima dugaan dlm hidupnya. Tapi si Azyan ni kuat as in mencepuk, membelasah dan menghadiahkan lebam2 fizikal kpd org yg cari pasal dgn dia. Rasanya physically dia tak lah kuat, cuma dia mahir teknik2 tertentu utk menjatuhkan lawan so itu menjadikan dia kelihatan kuat.
Alam remaja yg semakin ditinggalkan menjadikan Azyan mahu berubah mjadi lebih feminin hinggakan tiga jejaka (bapa dan 2 abgnya) istimewa dlm hidupnya terlopong. Walaupun perubahan dia macam jadi tak jadi, tetapi dia tetap mencuba.
Syakir ni sejak zaman skolah lagi dah syok kat Azyan. Tapi tak penah rasa takut akan kehilangan Azyan wpun dia tak pernah confess cinta dia kat Azyan, tapi dia yakin suatu hari nanti Azyan akan jadi isteri dia. Tapi perubahan Azyan yg jadi lebih feminin tu membuat Syakir sgt bimbang kerana rupa cute yg sebelum ni hanya dia sorang nampak sudah terserlah di mata semua org tambah2 jejaka2 saingannya spt Haziq, Zekri, Rizlan, malah Syamir, adik Syakir yg baru masuk 13thn tu pun jatuh hati dgn Azyan.
Jejaka idaman hati Azyan adalah lelaki yg lebih kuat darinya. Azyan jatuh hati dgn luaran Haziq tapi syg Haziq tu lari lintang pukang bila diganggu sekumpulan samseng, last2 Azyan yg kena mblasah diorg semua utk selamatkan Haziq. Reject! Zekri? Romeo tahap tak hengat. Reject! Rizlan? Mamat hensem yg kaya dgn badan macho berketul2. Perfect!
Syakir? Tak masuk list langsung. Azyan bencikan Syakir sbb Syakir selalu memaksa dan setiap kali Syakir berjaya membuat dia melakukan benda2 yg dia sendiri tak terfikir nak buat seperti jadi heroin utk teater dan pegi berkhemah. Syakir tu terer bab mengugut. Tambah2 dia ngam ngan bakal2 abg ipar dan pandai approach bakal pak mentua dia, Mejar Idris yg bermisai melintang tu.
Rasanya kalau Syakir tu tak garang sangat dan gentleman sikit, mesti azyan suka. Wpun dulu masa skolah Syakir ni cicak kobeng, tapi la ni dah macho. Macam mana akhirnya cik gorilla jatuh cinta ngan encik doktor cicak kobeng? Mula2 jatuh lubang dulu lepas tu baru jatuh cinta. heran aku gak mula2 cemana tengah2 utan tetiba ada lubang. memang ganas idea budak2 teater tu. Nak buat cemana, dah hero heroin pun ganas semacam.
Biasanya hero mcm Syakir tu aku tak suka sgt sbb suka buli dan menyakitkan hati heroin, tapi memandangkan heroin nya adalah Azyan yg sama jer tahap buli dgn Syakir so aku rasa diorang sangat perfect 2gether! :) gila-gila la penulis citer ni, nasib baik dia tak pilih tajuk Gorilla vs. Cicak Kobeng! haha... Coke and Sundae adalah tajuk yg sangat catchy ;)
Paling lawak part masa Azyan mengigau dlm hutan tu. Tetiba jer dia bangun dan jerit nak bunuh syakir n then dia tido balik. Bebudak camping tu nak gelakpun tak berani sbb takut kena cepuk dgn Syakir. hehe.
sinopsis/blurb belakang buku:
Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...
Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.
Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!
Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.
Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.
sinopsis di web kaki novel
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!
hmy_bcuk komen:
mmg klakar novel nih...watak Azyan mmg kepala sempoi,brutal giler,pantang lepa sket asyik nk mencepuk org je..kurang kesabaran.konon nk jd feminin tp mmg tk berapa jadi..dapat lak si hero Syakir yg mulut bisa tahap melaser tak hengat! tapi menaruh hati kat Azyan..mcm2 dibulinya si Azyan tu...hehehe..
mmg sempoi jalan citer dan klakar..boleh la layan baca untuk menceriakan hari kita yg kebosanan!..aku kasik 3.5 bintang!
Jumaat, 13 Ogos 2010
Jauh Kau Pergi - Dhiya Zafira
Khamis, 12 Ogos 2010
~HaNcUr HaTiKu~..
tp aku budjet mcm pas raye je...
Selasa, 10 Ogos 2010
SaLaM RaMaDhAn
Kelebihan Solat Terawih
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Ahad, 8 Ogos 2010
Demi Kasihmu - Amieza Anaz
Tajuk: Demi Kasihmu
Penulis: Amieza Anaz
Penerbit:NHF Media Corp
Mukasurat: 952
Novel ni mengisahkan ttg sepasang suami isteri; Alia Maisarah dan Lukman Hakimi...
Novel ni terbahagi kepada 4 bab..
"Lukman Hakimi, Alia Maisarah.Dua jiwa satu hati.Takdir penentu segalanya.Namun mampukah mereka mengharungi ombak badai mahakarya cinta yang tercipta untuk mereka?"<>
Bab 1: Kisah persahabatan Alia dgn Azilah dan Azrina..Dari zaman sekolah sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran masing2.. Kemudian ditemukan dgn Lukman Hakimi yg masa itu adalah kekasih Azilah.. Tapi kemudian Azilah menghilangkan diri ke KL kerana cintakan Suhaimi..Jadi Lukman yg frust selalu bertemu dgn Alia dan telah jatuh hati pada keikhlasan Alia...Kemudian disaat Lukman mahu meluahkan hasrat hatinya mereka ditangkap basah... Lukman merayu dan mendesak Alia supaya mengahwininya tp Alia tak ada hati pada Lukman..tp kemudian mereka berkahwin walaupun ditentang hebat oleh keluarga Lukman..berbagai2 dugaan menimpa sehingga menyebabkan Alia melarikan diri dari Lukman kerana menyangka suaminya akan menikahi dgn Azilah, pilihan mama Lukman..
Bab2: Kisah Alia dan hidupnya bersama anaknya Lukman Hafizi dan keluarga angkatnya..Umi menganggap Alia spt anaknya sendiri..Alia membuka sebuah butik pengantin bersama Jamie (anak umi), yg ada hati pada Alia... Suatu hari Alia bertemu dgn mama Lukman, yg telah insaf dgn salah silamnya..merayu2 Alia supaya kembali kepada Lukman..Rupa2nya Lukman menderita setelah ditinggalkan Alia..Lukman hilang jiwa,mengalami kemalangan dan kecederaan tulang belakang dan siakpnya berubah..Lukman tidak bersungguh2 utk pulih..Mama Lukman berterus-terang kerana bersepakat dgn Azilah utk memisahkan Alia dan LUkman..Alia kembali kepada Lukman dan pelbagai caci-maki terpaksa Alia telan kat umah itu..Pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya semua ahli keluarga menerima beliau..Ttp apbl rahsia Lukman Hafizi diketahui menyebabkan suaminya amat amrah dan kecewa kerana Alia merahsiakan hal Fizi dari Lukman..Lukamna terbang ke Australia utk berubat ttp tiada khabar berita dr Lukman..
Bab 3: Lukman kembali dari Australia dan mereka bersama kembali dan happy..Tahun demi tahun berlalu dan kesan dr pembedahan Lukman tidak boleh memberikan zuriat kpd Alia..lukman kecewa dan sikapnya berubah..Dan sikap sabar Alia akhirnya Lukman redha..
Bab4: Tidak disangka2 Alia mengandung dan mereka dikurniakan seorang puteri..
* mmg panjang kisah/ kemelut rumahtangga Alia-Lukman ni, tp best gak arr citernya..Bagi aku tak rugi kalau beli novel ni...Tp mmg terkilan la nape Alia tk mau berterus-terang dgn suaminya itu, mungkin penulis membayangkan watak Alia kurang matang kerana Alia masih terlalu muda semasa berkahwin..tp best gak la citer ni..aku kasi 4 bintang..